Wednesday 25 December 2013

~hujan~

Salamesrabadi..

Detik saat minit hari bulan dan masa yang berlalu saban waktu meninggalkan kita kenangan. Kenangan yang tak mungkin kita akan capai lagi.. berlalu tanpa kita sedari. kita akan sedari ia apabila adanya Rindu kepada hari semalam. Begitu juga hari ini, aku rindu pada kenangan yang semalam. Kenangan dimana kita bersama bergelak ketawa, saling mengambil berat, senyum ketawa bercanda riang..adalah kenangan itu akan tercipta jua di lain masa? Rindu sangat sangat. Kenapa masa itu cepat sahaja berlalu. seakan akan tidak memberi peluang kepada kita untuk bersama lagi.

Mungkin tiada ruang untuk kita di dunia ini. sehingga diri ini sentiasa rindu akan gelak ketawa mu.. Sungguhpun begitu aku langsung tidak pernah berputus asa untuk senantiasa merindui kamu. Walau seribu tahun lama nya..tapi adakah mampu untuk aku hidup seribu tahun lagi untuk bersama mu? #S

Friday 20 December 2013

~DURI~

KAU ADALAH SORANG KAWAN AKU YANG HANYA BERSIKAP MUKA - MUKA DENGAN AKU..BILA NAK SESUATU DARI AKU,KAU BAIK TAPI BILA KAU TAK PERLUKAN AKU KAU BUAT MUKA DENGAN AKU ! APA KE BANGANG ORANG MACAM KAU NI ? SELAMA AKU KAWAN DENGAN KAU AKU TAK PERNAH PANDANG BURUK KAU,..SEMUA AKU PANDANG BAIK KAU..WALAU KAU ADA PERANGAI BURUK TAPI AKU TERIMA KAU SEBAB AKU SAYANG KAU...SAMPAI SYURGA KONON,,,BLAH LA WEHH  DENGAN STATEMENT KAU TU...

ENTAH APA YANG KAU TAK PUAS HATI TAK PAHAM AKU..KAU MEMANG NAK BUAT AKU HANGIN SATU BADAN..AKU WALAU ADA TAK PUAS HATI DENGAN KAU TAPI KALAU DAH TENGOK MUKA KAWAN-KAWAN YANG LAIN MEMANG AKU CAIR SEBAB AKU SAYANG KAWAN.. BAGUS LA SEBAB KAU ADA KAWAN KAWAN LAIN YANG BERKAWAN DENGAN KAU SELAIN AKU. TAK DE LA KAU SEPI SANGAT.. BAGUS...KEHILANGAN AKU PUN KAU TAK TERASA SANGAT KAN?

BTW, KESABARAN MANUSIA NI ADA TAHAP GAK..DAH LAMA AKU PERHATI,DAH LAMA AKU SABAR, DAH LAMA AKU MENGALAH...KINI TIDAK LAGI..DAH NAIK MENYAMPAH AKU TENGOK MUKA KAU..MACAM NI LAH YE, YES,, WE ARE STILL FRIEND TAPI BILA PERLU SAHAJA. AS YOU WISH RIGHT? NI YANG KAU NAK KAN? SEKARANG KAU TAK PERLUKAN AKU TAPI SUATU SAAT BILA KAU PERLUKAN AKU PANGGIL LA AKU KALAU KAU TAK MALU.

MALAS DA AKU NAK LAYAN ORANG YANG LALANG DAN PERANGAI MACAM KAU. BAJET KAU JE YANG BETUL. ORANG LAIN SEMUA SALAH. DAH LA FED UP... IM SURE IF KAU TAK KAWAN DENGAN AKU, BERSEPAH LAGI YANG NAK KAWAN DENGAN KAU KAN? AKU NI APA JE...PASAL PELAJARAN BUKAN BOLEH BANTU KAU..TAK BERAPA PANDAI..NAK DENGAR KAU BERCERITA? ORANG LAIN PUN ADA...NAK PINJAM DUIT? BUKAN AKU COP DUIT.. NAK KELUAR DENGAN AKU? PERNAH KE KELUAR DENGAN AKU KALAU AKU AJAK? KALAU KAU AJAK AKU ON TIME..PERNAH KE KAU AJAK AKU?
KISAHH PULAK AKU!

AAHHHH MEMBARA TAHAP GUNUNG BERAPI HATI AKU. .SEKALI KAU BUAT MACAM NI KAT AKU, AKU TAK RUGI APA APA LA...DAN AKU PUN TAHU KAU PUN TAK RUGI APA APA..SO TAK KISAH LA KAN..DAH DAH...KAU ADA KE TAK ADA KE LANTAK KAU LAH..MALAS DA AKU NAK LAYAN KAU..LAGI NAMA KAU ADA DALAM DIARI HIDUP AKU, LAGI GILA OTAK AKU...LEBIH BAIK DIAM DARIPADA SEMUA BENDA NAK CERITA. DAN KAU TAK PAYAH NAK SEDIH SEDIH SEBAB NI MEMANG KAU NAK KAN ??
KALAU KAU NAFIKAN TAK PAYAH NAK BOHONG LA !!!!!!!!!

SEKALI KAU BENCI AKU, SEJUTA KALI AKU BENCI KAU LA...DULU AKU SAYANG PERSAHABATAN NI...SAYANG NAK MAMPUS..KAU SALAH, AKU PUJUK,, DIA MERAJUK AKU RAYU, AKU NANGIS...TAPI SEKARANG DAH SIA-SIA...JANGAN TANYA KENAPA..FIKIR MACAM MANA NAK JADI MACAM DULU..AKU SILAP KE KAU YANG SILAP..KALAU AKU SILAP AKU AKAN BERUBAH, KALAU KAU SILAP TAK PAYAH BERUBAH...NO NEED !!!! I DONT NEED YOU ANYMORE. FULLSTOP !

IF ADA APA APA PENTING JE KITA CAKAP, KALAU TAK MALAS AKU NAK LAYAN ORANG YANG HALOBA MACAM KAU.. SIA-SIA LA GILERRR...

Monday 16 December 2013

~cahaya ketenangan dan kegembiraan~

Salamesrabadi..

Nana..kau kuat kan? Dulu kau tak macam ni pun..mana kau yang dulu dowh? tak chill la kau.. Asyik nak gelabah je..asyik nak nangis je..asyik nak putus asa je.. Rilek la weh.. Dalam hidup memang banyak rintagan..Dulu kau yang beria cakap yang walau jatuh kali ke lapan, bangun la kali ke sembilan..kau tipu eh Nana? kau dah tak macam dulu la..lemau..nape ni? ada masalah ke? ke apa yang kau nak tak dapat? cube cerita kat sini aku nak dengar. Nana Nana.. tak faham aku dengan kau.

Dulu aku ingat lagi time sekolah menegah, kau perform habis kot. Jahat-jahat kau pun selalu gak naik pentas terima pelajar cemerlang tapi sekarang kat mana kau? kau dah kenapa ni? apa susah sangat ke UM tu ? Meh sini aku jumpa VC dia..ke kau yang main-main? hmmm..kau ni..ke kau dah kenapaa sengalll??? dah dah la tu nyeee..bangun bangun,..masa da tak ada..enjoy boleh tapi berpada-pada k sayang? siapa cakap tak boleh kapel tapi kapel + belajar bia dekan.. hahaha...boleh ke?? Apa pulak tak boleh..ishhh dulu kau SPM kau kapel 3orang lelaki kan? hahaha,..kau ingat aku tak tahu ke Nana? Aku tahu la..hahaha..so sekarang kau kapel dengan 10 orang pun janji kau happy and janji maintain jee..k?

Tu pasal stdy..ni hal lifestyle kau pulak..meh sini aku nak nasihat kat kau Nana..kau tak payah nak harapkan orang yang tak sayang kau boleh? jangan jadi bodoh la giler...faham? yang kau hamak sangat kat laki tu nape?? memang laki tu je ada kat dunia ni? hah? dahh lupakan dia now !!!!! dan aku akan cari kan kau laki yang lagi baik dari dia la..hahhaa..tapi tunggu aku kawin dulu la eh..hahah...

Kau ni Nana aku tengok macam bajet tabah, bajet kuat tapi nangis jugak,..choyy la kau. Cube la hargai airmata kau tu,, kau ingat laki tu berhak ke atas airmata kau? aku memang pantang tol la tengok perempuan nangis sebab laki. Rilek boleh? Nak emo-emo sangat pehal?  Penat la aku dengan kau. Aku nak kau bagun pada 27.12.2013 kau menjadi sorang perempuan yang lain boleh? tapi kenapa 27.12? ye laaa selepas 26.12..hahaha...giler..kalau kau nak tahu..tanya Nana sendiri. Budak Nana tu macam macam ada kt kepala dia..Sampai aku pun tak terfikir..

Dah la..ngantuk la...Nana kau pi tido..jangan nak melebih2 emosioal sangat..ada apa-apa cakap aku..k? nite sayang.


#pepariBiru

Saturday 23 November 2013

~ dia ~

Salamesrabadi..

 Anas..kau faham bahasa tak aku sayang kau... kau pekak ke apa? ke buta? ke tak ada perasaan? ke tak normal? Kawan tu kena paham makna kawan..bukan paham makna berseronok dengan kawan. kawan tu ada pahit manis dalam berkawan. Sekali tertelan hempedu dan sejuta kali kau telan madu. Takkan kau dah nak lupakan saat kau terasa manis nya madu tu? Please..buka hati, buka minda.. Menyayangi kalian adalah perkara wajib bagiku setiap kali aku bangun tidur. Ini fakta bukan auta.. Ini hakikat bukan ilusi.. 

Aku tak suruh pun kau pujuk aku.. Aku sape nak suruh kau pujuk..bukan makwe kau pun..aku tahu la... cuma mungkin k.a.w.a.n tu kau tak tahu lagi apa takrifannya. Hmmm..mungkin ambil masa kot untuk kau dalami maksudnya.. 
Tapi aku tak paksa kau untuk belajar apa makna kawan sebab aku pun bukan bagus sangat kau cakap kan? So sape aku... nevermind..

Kalau jalan terakhir nya adalah perpisahan.. Ya aku terima..aku kuat kottt...hmmm :')

                                             ikhlas:
                                   Nurhana Farahyiah Roslan
                                     Ahli Jawatankuasa                                             Persatuan KawanSampaiSyurga

~ jodoh itu milik kita ~

Salamesrabadi..


Jodoh itu milik kita? Andai kata jodoh itu milik kita, pasti aku lah wanita yang paling gembira di dunia ini. Andai kata jodoh itu milik kita, pasti aku lah wanita yang tak pernah lekang dengan senyuman kerana di sisi ku hanya kamu yang bertahta. Sekali diri ini menyerahkan hati untuk kamu, selamanya akan aku menyayangi mu walau engkau enggan memberi ruang untuk aku terus menyayangi mu.. Sekali diri ini mengatakan sayang, tak begitu mudah untuk aku melupakan lafaz kata itu. Untuk kesekian kalinya, pintu hati ini ku buka untuk kamu, mendambakan kasih-sayang yang tulus ikhlas dari insan yang bernama Sufian.

Aku mengharapan harapan yang tinggi untuk setiap jalinan yang terjalin.. sehingga mungkin jauh di awangan..yang hanya aku seorang yang mampu melihat angan ku. Tapi yang pasti, ku ingin diri mu selalu dengan ku. Entah mengapa, ku merasakan jalinan ini terlalu dekat dan terlalu utuh biarpun perkenalan kita seminit cuma.. Adakah aku yang bermimpi di siang hari atau adakah ia adalah satu ujian yang seterusnya untuk aku? Seandainya aku bermimpi, tolong kejutkan saya awak. Dan seandainya ini adalah ujian, aku terima ketentuan yang telah di tetapkan. Tiada siapa mampu menghalang kuasa-Nya.


Aku selalu memberi tapi jarang menerima dan aku selalu menerima jarang sekali untuk memberi. Ya... walaupun sama dan adil tapi itu adalah lumrah kehidupan. Walaupun kita mengharapkan orang yang kita sayang untuk berada  dekat dengan kita, kadang - kadang dia tercipta untuk orang lain. Dan apabila kita tak mengarapkan dia untuk berada di sisi kita, dia selalu ada untuk kita. Kita tak pernah mendapat apa yang kita inginkan. Mungkin Dia masih menguji kita dan aku terima. Insyallah dengan senyuman.

Untuk awak, perasaan cinta yang sejati sukar di cari.. Apatah lagi cinta yang ikhlas. Mungkin ada tapi satu dalam sejuta. Ia sudah ada di depan mata tapi kenapa masih buta untuk menilai cinta ini? Awak, cinta itu perlu di tunjuk dan perlu di sulami dengan kasih sayang agar cinta itu tetap harum subur di hati. Awak, saya rindu awak yang dulu #sengal . Awak dengar tak? Mungkin awak sukar nak percaya yang seminit perkenalan akan wujud nya perasaan kasih yang begitu mendalam tapi itu yang saya rasa kan kini.

Awak..sekiranya saya salah untuk mencintai awak..tolong betulkan saya. Sekiranya saya bertepuk sebelah tangan..tolong sedarkan saya.. Saya tabah..saya tak akan menangis.. saya hanya menangis dalam mimpi dan tak akan menangis di alam realiti :)

Wednesday 13 November 2013

~kawan sampai mati~

Salamesrabadi..

Diam adalah penawar kepada pergaduhan. Diam adalah perkara terbaik dalam apa jua masalah tapi sampai bila mahu diam? Selama ini aku tak pernah diam dalam apa jua masalah. Mesti mencari akal dan kata-kata untuk menegakkan keadilan. Selama ini aku bersaing untuk menang dalam apa jua pertempuran. Penat? Aku tak penat sebab aku berjuang untuk suatu keadila, suatu kebenaran dan demi maruah. Tapi itu dulu..
KINI....

Sudah tiba masanya untuk aku berdiam diri untuk kesekian kalinya, dulu aku gagah tidak mengenal erti penat tapi kini aku ingin berehat daripada terus bertelagah dengan manusia manusia yang mempunyai pelbagai ragam dan perangai. Mungkin suatu masa aku betul dan mungkin suatu saan mereka betul dan sebaliknya.. Kini sudah tiada guna nya siapa betul siapa salah, aku tetap dengan pendirian aku yang diam is better than everything dan insyaAllah akan ku laksana kan.

Sudah penat diri ini dengan tomahan, kata cacian, umpatan tapi ku kebalkan diri dengan MELAWAN semampuku. Kini aku sudah menjangkau usia yang sudah agak tua untuk melawan anasir anasir seperti itu. Malas untuk aku melayan kerenah mereka mereka yang masih belum bijak menilai mana intan yang mana permata.. Mana kaca mana berlian.

Benar kata pujangga yang "walaupun kita berbuat sejuta kebaikan tak mungkin orang akan mengingati kita tetapi sekali kita berbuat kejahatan sejuta tahun pun orang akan mengingati kita" Itu lumrah duniawi. Walaupun sedikit kecewa dengan pernyataan tersebut namun ia adalah realiti dan kita sebagai manusia tidak mungkin akan dapat menghalang nya.

KAWAN hanya satu ungkapan di bibir dan sesiapa sahaja berhak dan tahu menyebut nya. Terlalu mudah ! MUDAH !! Sehingga kan ia di ambil mudah oleh segelintir manusia!

Saturday 28 September 2013

~penakut~

Salamesrabadi

saya sanggup bersusah payah demi kawan..tapi kawan tak pernah bersusah payah demi saya..hanya tahu mengeluh ~

Tuesday 4 June 2013

~kita harus begini atau begitu?~

Salamesrabadi..

Mungkin ini adalah cara yang paling tepat untuk kita. Walaupun ada kedukaan namun ini lah jalan penyelesaian yang terbaik untuk kita. Sungguh pun ada yang terluka tak mengapalah kerana yang terluka itu adalah aku. Aku sudah terbiasa. Sudah terlalu kebal. Walau seribu kali aku terluka masih tidak berdarah. Aku kuat. Aku harap kau pun begitu. Biarlah aku terluka daripada melihat orang lain terluka kerana kita. Mungkin ini juga lah yang kau inginkan..

Kadang-kadang berdiam diri itu lebih baik dari melawan kerana lawan lah menggunakan pedang aku tak akan menang. Kerana aku selalu tewas dalam kemelut ini. Sudah sukar untuk memupuk kepercayaan yang hakiki itu walau di palu bertalu-talu. Tetap aku yang berdosa.

Ini lah jalan pemisah yang di tunggu tunggu akhirnya tiba jua. Aku sebenarnya takut untuk menemui hari ini. Tapi aku gagahkan hati untuk menerima kebenaran ini. : antara kita memang tiada jalan bahagia.
Aku cuba pertahan. Tapi seolah olah ada seseorang yang cuba menolak kita untuk terus tidak bersama. Atau mungkin kah engkau?

Aku takut untuk mengakui perpisahan ini.. sangat takut..tapi ada kalanya betul juga kata mu yang antara kita tak akan ada bahagia .. sungguh pilu rasa di dada..sungguh pilu lagi tatkala di saat kita begini engkau masih lagi mencipta ketawa dengan orang lain. Wujudkah aku di hati mu? Ingat kah engkau kepada ku walau sesaat cuma?

Untuk apa lagi aku menjadi 'kawan' mu sekiranya di antara kita sudah tercipta jurang yang sangat dalam? Gembira kah aku dengan melihat mu gembiran dengan insan lain? Yang sudah terang terangan insan itu bukan lah aku? Sungguh aku bemimpi kan insan itu adalah aku? Ya..cuma mimpi.

Kini aku mulai sedar, mulai menerima hakikat.. Cinta itu tidak boleh dipaksa dan cinta itu sangat indah..Indah.. untuk kini..cinta kita hanya igauan..kan? Suatu ketika dahulu aku terbang terlalu tinggi membawa angan cinta kita..terlalu tinggi sehingga aku kepatahan sayap dan terkapai - kapai seorang diri dan kau tiada di sisi. Dalam mimpi ku, kau ada bersama membantu ku terbang. Namun dalam nyata kau bersama yang lain.

Cinta ini memang tidak perlu di teruskan lagi. Dan tiada istilah CINTA antara kita kerana tiada nama nya CINTA kalau ianya bertepuk sebelah tangan. Aku mula sedar. Mula membuka mata.. Sepahit apa pun ini, aku pasti bisa melawan kerana aku mesti bangkit dari mimpi indah yang aku ciptakan. Aku harus bangun dari lena. Harus menjalani hari hari yang mendatang tanpa deruan bisikan cintamu.

Walau payah akan ku gagah kan. Walau sakit akan ku ubati ia dengan segala macam penawar.

Buat engkau di sana..maaf kan diri ini kerana terlalu lama meminjam diri mu untuk menemani mimpi ku. Kini aku lepas kan diri mu dengan hati yang rela. Terus lah menikmati alam kehidupan ini dengan aman. Maaf kan diri ini juga kira nya diri ini telah terlalu banyak melakukan salah. Kesalahan diri ku di luar kemampuan ku. Kerana cinta menguasai seluruh jasad ku.. Kini aku bangun dari lena.

Terima kasih jua kepada diri mu kerana mengejutkan aku dari mimpi semalam. Kalau diri mu tidak mengejut ku, sudah pasti aku masih lagi di alam cinta fantasi ku sendiri.
Maaf kerana tidak mampu untuk mendoakan kebahagiaan mu kerana satu itu tidak mampu aku lakukan. Tetapi percaya lah, sekali kamu tersenyum..aku pasti tersenyum melihat mu tersenyum.

Perpisahan ini yang kita ciptakan. Seandainya Allah SWT menciptakan pertemuaan untuk kita di lain hari InsyaAllah aku menerima nya dengan hari yang terbuka. Dan sekiranya tiada lagi perkenalan antara kita selepas ini aku terima Kerana diri mu tetap hidup bersama helaan nafasku. Walaupun engkau tidak ku dakap, diri mu tetap subur di minda ku.

Apa yang pasti pelajaran mu lebih penting dari semua hal yang remeh seperti ini. As you wish dear..

Saat ini teringat sesuatu yang dah lama engkau ucapkan. Engkau pernah cakap yang kita ibarat KLCC. Aku bertanya kenapa KLCC? Engkau menjawab KLCC tu berkembar. Satu awak dan satu saya <3 tak akan berpisah..Tapi kenapa awak tipu? Awak yang pergi dari saya..

Lalalala..tu cerita dulu.. :) Sekarang saya kuat !! saya tak macam dulu. Sekarang saya dah okey. Tak touching2 dah..

Salam perpisahan..
                                              


*Saya tak pernah menyerah tapi awak yang tak pernah berjuang ~

#EntriIniPalsu #Pepari_Biru

Thursday 30 May 2013

~ mengapa harus cinta? ~

Salamesrabadi,

"seseorang yg betul2 nak kat kita dia tak akan layan dah bekas kekaseh dia --- jika dia masih bersama kekaseh dia itu bermakna belum sepenuhnye dia menyintai kita,,,,seseorang yg ikhlas mahukan kita akan tinggalkan 100% ex dia,,,mustahil lahh seseorang itu boleh lupa kan bekas kekasih nye secepat mungkin dan terus nk brsma dgn kita kan,,, dn mungkin juga mase tu dia maseh ade peluang utk bersama ex kekaseh dia tapi kehadiran kita menggangu segala nya,, jika kita bertemu dgn org sebegitu lbh baik pergi sahaja,,,sbb yg merana nya kita sdri bile dia minta utk bsme kksh lame nye lagi,,, lebih baik pergi dr di anggap perosak hbgn org,,,"

Di petik daripada kata kata seorang jejaka. (I*F*N)

mengapa harus cinta? pasti ada yang terluka? dan mengapa yang terluka itu selalu aku? mengapa harus cinta perlu ada yang terpisah? dan mengapa yang terpisah itu antara aku dan dirimu? entah bagaimana untuk aku meyakini nurani mu bahawa aku mencintai mu. mengapa harus ada cinta perlu ada dusta? dan yang selalu di dustai adalah aku? mengapa harus cinta perlu ada sangsi ? dan kau sangsi terhadap cinta ini? mengapa harus cinta perlu ada yang menangis? dan tangisan itu adalah airmata ku?

                                               
mengapa harus cinta perlu ada pengorbanan? dan yang terkorban selalunya aku? mengapa harus cinta perlu ada kekhilafan? dan yang khilaf adalah aku? mengapa harus cinta perlu ada cinta sejati? dan cinta sejati ku adalah kamu? mengapa harus cinta perlu ada pilihan? dan pilihan mu bukan lah diri ku? mengapa harus cinta. perlu ada kecewa? dan aku yang terkecewa. mengapa harus cinta perlu ada percaya? dan dirimu tidak mempercayai diriku? mengapa harus cinta perlu ada cinta? dan ternyata cinta itu bukanlah milikku?

                                                 
tanpa mu aku buta dalam menilai cinta. tanpa mu aku tidak mengerti apa itu rindu yang sebenar. terima kasih kerana meninggalkan aku sendiri. kerana dari situ lah aku mengenal sesuatu yang baru. terima kasih kerana curangi aku. terima kasih kerana memarahi aku. terima kasih kerana mencurahkan kasih sayang kepada aku walau ia hanya seminit cuma. walaupun seminit ia sudah cukup untuk aku mengenang mu seumur hidup ku. terima kasih kerana pergi dalam hidup ku.

 seandainya suatu hari nanti hidup mu di sinari cahaya gemilang, jangan pernah kau melupakan diri ku. pandanglah ke sisi mu, aku pasti tersenyum melihat kebahagiaan mu.
seandainya suatu hari nanti engkau terjatuh dan tika itu, engkau perlukan seseorang untuk memimpin langkahmu, toleh lah ke belakang. aku pasti menyambut mesra tangan mu.

#EntriIniPalsu #janganPercaya #Pepari_Biru



Monday 27 May 2013

~berbasikal ke pelangi~

Salamesrabadi..

Payah nya kalau cinta bertepuk sebelah tangan..ibarat cinta yang di harapkan tiada balasan..aku pernah..selalu..memberi cinta tapi tak di balas..malu? tak lah..sebab ia adalah normal..kadang kadang kecewa tu ada..sampai menangis..pernah..biasa lah perempuan..sekuat mana pun, setabah mana pun..air mata itu pasti ada di sebalik kekuatan tersebut.

Ingin di cintai dan mencintai adalah lumrah.. Lumrah manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras.. Sangat kecewa tatkala cinta di tolak oleh dia..saat cinta yang di hulur tidak di sambut oleh si dia.. Lantas melihat akan kekurangan diri. Berdiri di persisir pantai memuhasabah diri bertanya sendiri di mana salah ku? apa kekurangan ku?

Sungguh indah tatkala dia menerima cinta kita.. Berjanji mesra sehidup semati.. Bersanding di pelamin yang nyata..bukan pelamin angan..sungguh indah jika kehidupan ini di kongsi dengan orang yang kita sayang..ketawa bersama sama..menangis dalam esakan pun bersama.. Berpimpin tangan melayari bahtera rumahtangga bersama.. Membesarkan anak anak bersama sama..membentuk keluarga yang bahagia..melengkapi segala kekurangan masing masing..

Segala kesalahan ku, si dia pasti menegur ku dengan nada penuh rasa sayang..setiap hari aku di belai penuh kasih..di kucup penuh romantis.. meneruskan titik titik kihidupan dengan penuh ke ikhlasan bersama si dia..bibirku tidak pernah lekang dengan senyuman kerana setiap saat si dia pasti menghiburkan hati ku..biarpun saat aku tengah gundah...biarpun aku dalam kesakitan...melihat si dia sudah mampu mendamaikan jiwa..sehari aku tanpa mu..ku rasa jiwa ku luluh dan lemah.

                                        


Tiba tiba..ku tersedar dari lena yang panjang... Rupa rupanya ku bermimpi di siang hari...mimpi yang sangat indah,,,mimpi yang tak dapat ku ucap dengan kata kata..Ya Allah sungguh indah perasaan ku pada kala itu.. sungguh indah..ku ingin bersama si dia Ya Allah..ku ingin berkongsi kehidupan ini bersama nya.. Makbul kan lah doa ku ini Ya Allah..

Terasa ku ingin terus hidup  dalam mimpi ku bersama si dia..asalkan aku terus hidup bersama si dia walaupun dalam mimpi bukan di alam nyata.. Terasa sayang untuk aku tinggalkan mimpi tadi bersama si dia..mimpi itu akan tetap menjadi mimpi yang paling indah dalam hidup ku..di kau lah yang senantiasa di hati ini..tapi kini kau pergi menolak cinta ku..aku terkaku..bagai hilang pedoman hidup..langkah terhenti..

Kadang kala..jauh itu lagi baik daripada dekat tapi aku tak mampu menggapai mu..

                                           



Monday 29 April 2013

~mencari damai~

Salamesrabadi..

Biarlah diri ini sendiri mengharungi hari hari yang berlalu tanpa kekasih hati yang menemani. Untuk apa kehadiran kekasih hati andai nya ia hanya menambah luka pada kala lara? Ku ingin mengecap bahagia sendiri di temani teman teman yang senantiasa ada dan hidup ku tidak lagi sunyi dengan adanya penghibur #jozan #infinite yang sentiasa membuat aku tersenyum.. Melihat gelagat mereka sudah mampu membuat hidup aku di sinari cahaya gemilang. 

Mungkin kekasih hati yang mendamaikan jiwa tidak lagi muncul.. Aku akan terus menunggu bila kah masa nya dia akan datang menjemput hati ini untuk bergandingan dengan nya menyemai ikatan cinta.. Ku akan menunggu saat itu.. Aku juga tidak putus asa mencari tetapi hingga kini cukuplah adanya keluarga dan teman teman dan mereka (jozan&infinite) ia sudah memadai.. Melengkapkan kehidupan ku.. Jiwa ku tidak lagi kosong dengan kehadiran kalian..

Biar lah tiada ungkapan sayang, ungkapan cinta, ungkapan rindu, ungkapan selamat malam.. tapi aku sudah cukup bahagia begini.. Ku menunggu cinta yang tulus hadir merawat keterlukaan yang lampau.. Salam cinta bersulam kasih dari aku Nurhana Farahyiah binti Roslan ~

~kesetiaan~

Salamesrabadi..

Kesetiaan? kesetiaan dalam persahabatan sebenarnya lebih penting bagi aku.. teringin la nak punyai sahabat yang sejati..ada saat aku susah..saat aku ingin di temani..memberi nasihat dan kritikan walaupun kritikan itu sangat mendukacita kan.. sampai sekarang aku masih lagi tercari cari sahabat macam tu.. ada..tapi sahabat itu bukan tercipta untuk aku..mungkin dia dah ada kawan lain..dan mungkin kita masih belum berkenalan dan kita masih belum menjadi sahabat..aku menunggu kehadiran sahabat yang sejati, ikhlas, jujur, setia...

Suka aku tengok persahabatan antara Johan dan Zizan Rajalawak.. nampak mereka sangat akrab..walaupun aku hanya melihat mereka dalam rancangan tv sahaja tapi aku dapat merasai  erat nya persahabatan mereka.. Aku memang tak ketinggalan tengok setiap rancangan tv yang ada mereka..  mereka senyum sama sama..susah sama sama..menangis pun sama sama..membuat keputusan sama sama..sangat comel..aku mengimpikan kan jugak la punyai persahabatan macam mereka.




Dan persahabatan yang aku kagumi adalah INFINITE ..kumpulan korea.. Kpop kejap.. #hahaha .. Sebenarnya bukan nye sebab kpop sangat pun..tapi aku cuma teruja melihat persahabatan mereka yang sangat akrab sampai aku tak terkata apa apa,,mereka sangat menjaga sahabat mereka... mereka ada 7 orang..dalam 7 orang tu mereka sangat akrab macam adik beradik.. susah sama sama..kena maki sama sama..lari sama sama..tak makan sama sama..makan sama sama..kena tembak sama sama.. Aku mula suka kan mereka sejak aku tengok rancangan Ranking King dan Sesame Player.. memang nampak la persahabatan mereka.. Walaupun mereka bukan korea dan tak comel tak cute aku akan tetap minat mereka..sebab aku melihat kualiti persahabatan mereka... by the way, satu bonus la sebab mereka sangat cute !!! handsome ! comel ! sengal ! #hahaha .. bukan sebab aku 'kpoppers' okay? walaupun infinite ni dari india pun kalau persahabatan mereka tulus aku minat jugak~



Tapi aku suka ahli infinite Lee Sungjong 



Persahabatan yang kukuh antara kalian membuat kan aku kagum.. Indah nya ciptaan Allah SWT.

Thursday 25 April 2013

~masa usia kita~

Teknologi berkembang selari dengan edaran masa yang semakin pantas.. seakan akan mengejar kita..kita manusia hanya berlari dan mengikut rentak permainan teknologi semasa sehingga membuat  kan kita berjeda dan terlupa akan di mana bumi kita berpijak..

Alat alatan teknologi yang canggih canggih wujud bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan..terlalu banyak..sehingga lambakan yang tidak terlihat oleh mata kita sebagai manusia.. sehingga kita hilang kawalan seterusnya membiarkan nafsu yang mengawal diri kita..

Alat alatan teknologi ini jika di lihat dari perspektif posifif ia terlalu banyak. memudahkan kerja kita seharian.. Melengkap kan kekurangan kerja kita.. Menyempurnakan kehidupan seharian.. Dan mendapat maklumat yang tidak terbatas.. Semua di hujung jari anda.. 

Tetapi bukan itu yang ingin aku coretkan.. 

Aku ingin menekan kan dari aspek kualiti hidup yang sudah tidak di ambil berat oleh segelintir individu bahana alatan canggih..

Cuba kalian pejam mata kalian sejenak..rata rata manusia yang berjalan, melepak di kedai kopi, menunggu bas, berjumpa kawan kawan lama..semua nya memegang gajet pintar yang canggih..sudah tidak menghirau kan orang sekeliling.. Mengapa hal ini berlaku? Pernah terjadi dalam diri aku juga.. Keluar bersama teman teman tetapi bukan cerita yang di bual kan tetapi masing masing sibuk dengan gajet masing masing yang boleh access macam macam.. sehingga terlupa akan tujuan asal keluar 'enjoy'..

Masa yang di luang kan tidak lah di manfaat kan sebaik mungkin.. Tidak ada lagi rasa untuk mencipta kenangan baru antara teman teman.. Yang ada hanya lah tunduk menghadap gajet masing masing.. Aku keliru.. adakah ini yang mereka ingin kan atau ingin keluar bersama sama meluang masa? 

Jika dulu sebelum muncul nya gajet gajet yang canggih semua teman teman lepak di kedai mamak menbicarakan hal hal yang kosong.. Walaupun hal hal yang kosong ia mampu menciptakan kenangan dan mampu membuat kan korang tergelak..tetapi berbeza dengan sekarang.. sangat berbeza.. Adakah aku yang kuno atau meraka yang tidak tahu menghargai masa bersama?

Kalau setakat nak membelek gajet anda tidak usahlah mengajak teman teman berkumpul.. Aku ingin berkongsi masa zaman aku sekolah dulu..kami tidak di dedah kan dengan gajet gajet yang canggih walaupun masa itu dah muncul gajet gajet ni semua.. biasa lah sekolah kampung.. kami berkumpul 100% berbual perihal masing masing.. Cerita peristiwa yang lucu, peristiwa ngeri, cerita tentang perasaan.. sehingga kan kami terbahak bahak ketawa.. Sehingga kini aku masih teringat kenangan apabila berkumpul bersama.. Kesimpulannya, kami memanfaatkan masa selama 1 jam itu dengan penuh kenangan  dan kenangan itu wujud  sampai bila bila..

Tapi sekarang? Teman teman sekadar datang duduk 'order' teh ais satu dan tunduk mengadap gajet? dan selama 1 jam hanya 3 ayat sahaja yang terpacul dari bibir kami.. dan sepatah di tanya sepatah di jawab kadang kadang yang lagi dahsyat terus tak jawab.. dan 1 minit kemudian 'eh apa kau tanya tadi?' Macam ni ke kualiti masa yang kita ingin kan? Aku tak nak !

Tidak salah memliliki gajet yang canggih tapi seharusnya kualiti masa itu sangat penting.. Seandainya nanti masalah datang menimpa bertubi tubi adakah gajet itu akan menolong kalian? Adakah gajet tersebut akan menyelesaikan masalah yang melibat kan soal hati dan perasaan? Jika jawapan anda ya..buktikan dan sekiranya jawapan itu terbukti syabas aku ucapkan !

Fikir fikirkan lah jangan sampai terlalu taksub.. Renungkan renung kan dan seandainya coretan ini totaly salah just abaikan... Cuma ingin tergaskan guna lah masa dengan bijak.. Guna kan masa dengan berhemah.. Masa itu Emas ~

Wednesday 10 April 2013

~indah sinar sang suria~

Salamesrabadi,

Pulau Pangkor.. Di sana kami datang dengan satu harapan.. Harapan untuk kami menciptakan suatu lagi memori untuk kami kenang buat selama lama nya.. Di mana walau ada antara kami tidak lagi bersama sama, apabila kami jejak lagi ke Pulau Pangkor, kami harapkan kami masih lagi terimbau kenangan yang indah itu..Kami harapkan Pulau Pangkor masih lagi sudi untuk menyimpan sedikit ruang untuk kami berkongsi kisah dan berkongsi kenangan di sana..

Tiada bibir yang mampu di ungkapkan luahan kegembiraan antara kami semua.. Jiwa remaja yang senantiasa inginkan kebebasan yang masih lagi berlandas kan hukum hakam agama yang betul..Kami gembira..Kami teruja..Kami seronok..Kami puas..Kami satu..Kami sahabat..


Masih terngiang ngiang di telinga ini saat kami semua bergelak ketawa, usik mengusik, jeritan kecil, tawa yang akhir nya terbahak bahak.. Masih aku dapat dengari nya.. Terasa baru semalam kita mengalami peristiwa ini.. Ku ingin selalu ber'dejavu' dalam memori ini.. Terasa masih masin mulut ini dek kerana terminum air laut Pulau Pangkor..Terasa masih sakit luka di kaki ini saat terpijak batu karang di dasar Pulau Pangkor..Terasa masih hangat memori ini.. Terasa sayang untuk aku membuang kenangan ini jauh dari kotak fikiran aku.. Terasa sungguh indah saat itu..

Kau yang sungguh comel.. Kau yang sungguh manja.. Kau yang sungguh ceria.. Kau yang sungguh seronok.. Kau yang sungguh sengal.. Kau yang sungguh poyo.. Walau bagaimana pun bentuk kalian..Walau kalian berbentuk bulat, segitiga, segi empat sama, segi empat tepat, bujur dan walau kalian berbetuk hati sekalipun aku tetap akan memeluk kalian saat kalian memerlukan.. Seperti kalian yang sentiasa ada saat aku perlukan kalian.. #insyallah


Pulau Pangkor membuat kan aku mengenali buruk baik kalian..Di mana di sana lah aku merasa sakit nya dalam berkawan dan merasa sembuh nya dalam berkawan.. Tiada yang tidak indah dalam bersahabat dan tiada yang indah dalam bersahabat.. Sebab itu lah ia saling melengkapi.. Sahabat membantu dalam menyempurna kan ungkapan 'sahabat' . Kami saling melengkapi kekurangan satu sama lain agar menciptakan kelebihan yang hakiki.. #oneForAllallForOne

Saturday 6 April 2013

~terima kasih~

Salamesrabadi,

Terima kasih sebab ada bersama aku saat aku tengah gundah..
Terima kasih sebab ada bersama aku saat aku tengah tersedu sedan..
Terima kasih sebab ada bersama aku saat aku tengah buntu..
Terima kasih sebab ada bersama aku saat aku tengah kusut..
Terima kasih sebab ada bersama aku saat aku kosong..
Terima kasih sebab ada bersama aku saat aku hampir layu..
Terima kasih sebab ada bersama aku saat aku perlukan nasihat..
Terima kasih sebab ada bersama aku saat aku perlu..


Terima kasih atas segalanya..aku sangat hargai..aku harap persahabatan kita akan tetap terjalin walau seribu orang dah tak nak kawan dengan aku.. Aku harap kau akan tetap jadi kawan aku walau seribu orang cakap aku jahat.. Aku harap kau akan tetap jadi kawan aku walau semua orang memandang aku sebagai musuh mereka..aku hanya ada kamu kamu dan kamu.. Saat aku menangis teresak esak saat ini kau ada..kau bagi aku kata kata nasihat, semangat..kau cakap "chill nana chill" .. Walaupun aku tak tahu macam mana nak menciptakan "chill" walaupun chill yang palsu.. Aku tak tahu.. terima kasih kawan..aku sayang kau sampai bila bila..aku panggil kau gemok..kau tak marah..mungkin kalau aku panggil orang lain gemok..sekali lagi aku akan di benci oleh orang.. aku sayang kau kawan !! Teristimewa untuk MOHD AMIERUL BIRAN KUTTY <3


~keliru~

Salamesrabadi,

Semakin banyak medium untuk kita bersosial..semakin banyak sudut pandangan yang kurang di terima umum..semakin banyak penyalahgunaan yang berleuasa..tidak di nafikan kebaikan yang tersirat.. Kadang kala..aku lalai dalam mengguna kan laman sosial yang wujud pada masa kini.. Makin lama ku kaji..semakin negatif kesan terhadap diri aku, kehidupan aku bersama sama kawan kawan aku.. Aku dapat rasa kan dek kerana benda ini aku hampir hampir kehilangan kawan kawan aku yang sangat aku sayang sampai syurga.. Aku hampir memutuskan ikatan sebuah persahabatan yang utuh.. itu semua kesilapan aku..aku leka, aku alpa..aku salah..

Aku buntu apa yang harus aku lakukan sekarang.. dalam kotak akhliah aku..aku merasakan adakah aku akan terus di benci oleh segelintir kawan kawan aku yang tersentuh dengan apa yang aku ucapkan di laman sosial itu? serius aku buntu..fikiran aku mati...semati matinya...nana bukan macam ni..ke mana aku yang kuat? ke mana aku yang gagah? ke mana aku yang tabah? ke mana aku yang bijak? ya Allah..

Dalam diam laman sosial sedang membunuh aku secara perlahan.. tapi..insyallah aku bijak mengawal nya..dengan ada nya kawan kawan yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan padu..aku mampu..

"Aku bukan di lahirkan ke dunia untuk di benci tapi aku lahir ke dunia untuk di cintai oleh kalian"

Aku tahu.. aku salah..dan aku sudah meminta maaf..tapi adakah dia memafkan aku? hati orang..kita tak boleh nak paksa..tapi pada masa yang sama aku tak ingin terus terusan tidak bertegur sapa antara satu sama lain..aku sayang kawan aku..aku tahu..mesti korang cakap aku poyo...sebab cakap sayang kan kawan tapi buat kawan tersinggung..ye kan?

ya Allah..aku hanya manusia biasa yang penuh dengan silap..hari ini aku melakukan kesilapan, insyallah esok akan aku perbetulkan silap aku..akan aku jaga sebaik mungkin kata kata ku..

Kini aku belajar sesuatu..sesuatu yang baru yang membuat aku terhenti daripada lamunan..tak semua orang boleh terima dengan apa yang kita cakap..tak semua orang menerima dengan hati yang terbuka dengan apa yang kita ucap..tak semua orang macam aku.. (aku tak cakap aku sempurna)

Masa berjalan pantas meninggalkan hari ini untuk menemui hari esok tapi adakah peristiwa hari ini akan di lupakan pada hari esok? aku rasa peristiwa yang baik mungkin akan di lupakan tapi tidak bagi peristiwa yang kurang baik..lumrah manusia..

Aku masih buntu..bagaimana aku ingin selesai kan masalah ini...lupuskan semua laman sosial yang telah aku daftar? lupakan kawan aku? ignore mereka? fikir nothing is wrong? aku kosong..

Aku tak bersedia untuk di benci oleh kawan kawan aku..sungguh aku tak sedia lagi...aku masih belum puas untuk bersahabat bersama mereka..walau ke syurga mana kami jejak..aku tak akan pernah bosan dan puas mengenali kamu wahai sahabat ku..

 "ku ingin bersahabat dengan mu secara sederhana seperti kata bulan kepada langit yang menjadikan nya malam"

Friday 22 March 2013

SWOT Analysis

Salamesrabadi;

S-trenght (Kekuatan)

Kekuatan yang ada dalam diri aku adalah..aku seorang yang sangat tabah dalam mengharungi pahit getir dalam hidup ini. Aku mampu melawan arus seorang diri walaupun kadang kala aku hampir putus asa.. Aku jarang mengadu masalah yang melanda kepada keluarga.. Cuma kadang kadang terpaksa juga cerita kepada kawan kawan namun kadang kala aku melawan seorang diri.. Aku kuat, kuat dalam meneruskan perjuangan hidup yang sangat berliku liku. Aku juga mudah untuk memaafkan orang lain, walau bibir ungkapkan kata kata benci tapi berbeza dengan hati.. Aku lansung tidak memaksudkan perkara yang aku lafazkan. Aku seorang yang mudah mesra dengan orang sekeliling.

W-eakness (Kelemahan)

Kelemahan yang ada pada diri aku adalah..aku seorang yang mudah terasa sebenarnya, walaupun pada zahirnya aku seorang yang 'easy going' namun sebenarnya aku cepat sangat tersentuh dengan apa yang berlaku di dekat aku. Walaupun kadang kadang aku terasa dalam kata lain merajuk sorang sorang. Aku juga selalu berfikiran negatif terhadap persekitaran mahupun pada diri sendiri sehinggakan memakan diri untuk melakukan sesuatu..hilang keyakinan? yaa..kadang kadang.. Aku bukan lah seorang yang bijak..mungkin otak boleh menerima pembelajaran baru tapi agak lambat tak macam kawan kawan aku..semua nya bijak..Aku mungkin kena di ajar dua hingga empat kali barulah aku faham..Aku susah nak faham apa yang di ajar oleh guru. Dalam kata lain agak lembab 'pick up'. Aku juga tidak pandai untuk menjaga hati orang lain.. Aku tahu banyak yang terluka kerana sikap aku..Sikap aku yang gelojoh, serkap jarang, tak senonoh kadang kadang membuat kan aku tidak di senangi oleh individu sekeliling. Aku juga sangat mudah untuk jatuh cinta..ni lah kelemahan yang paling aku tak boleh nak halang, aku pun tak tahu kenapa.. syok sendiri kan? hmm. Di samping itu, aku adalah manusia yang penuh dengan kekurangan dan kekhilafan dalam pelbagai aspek fizikal dan mental..

O-pportunities (Peluang)

Peluang yang aku ada adalah, aku berpeluang untuk memperbaiki kesilapan kesilapan yang lampau..dan aku mempunyai masa depan yang cerah di Universiti Malaya namun mampukah aku untuk terus mencerah kan kehidupan aku sepertimana peluang yang di beri? Aku juga berpeluang untuk meneruskan hidup dengan tenang bersama keluarga kawan kawan yang sangat memahami dan menyenangkan. Di sini (UM) aku di beri banyak peluang untuk memperbaiki diri dari segi akhlak,sosial,komunikasi,perjalanan hidup, berdikari dan menjadi seorang yang di segani.

T-hreat (Ancaman)

Ancaman yang melanda diri aku adalah terlalu banyak anasir anasir luar yang cuba meracuni hati dan fikiran aku. Aku mungkin akan terjebak dengan gejala sosial yang berleluasa di luar sana dan impak dari itu aku kecundang dalam meneruskan hidup kearah yang lebih baik. Ancaman yang mungkin aku akan hadapi juga adalah aku terpaksa bersaing dengan ramai orang untuk mendapatkan kehidupan yang selesa di masa kelak.


 

     

Sunday 17 March 2013

~aku hanya aku~

Salamesrabadi,

Masih layakkah aku untuk menjadi sahabat mu?
aku kecoh, aku gelojoh, aku sengal, aku menyusahkan korang, aku bising, aku selekeh, aku tak rilek, aku panik, aku tak pandai, aku buruk, aku tak berfungsi untuk korang, aku gila, aku hanyalah manusia yang penuh kekurangan..
Masih kah pantas aku mendampingi kamu sebagai seorang sahabat?

Thursday 14 March 2013

~sayang apa khabar denganmu~

Salamesrabadi,

Aku nak korang tahu yang aku sangat sayang korang..aku cinta kan setiap dari korang melebihi aku mencintai jam tangan aku ! Kenapa jam tangan?? Sebab aku tak mampu hidup tanpa jam tangan.. Macam tu jugak lah aku tak mampu hidup tanpa korang dalam hidup aku. Penting nya korang.. Aku tak mampu untuk meneruskan hari hari aku tanpa jam tangan dan korang. Kemana mana pun korang dan jam tangan sentiasa ada di denyut nadi aku.. Walau dalam tidur, walau dalam bilik air, walau ke mana jua..kalian harus ada.. Harus menemani setiap liku liku aku sebagai aku.

"tanpa mu..kurasa, suram nya"
Suramnya hidup aku tanpa kalian..sudah lah jauh di rantau orang.. Mencintai kalian sungguh mendamaikan.. Perkenalan yang terjalin tanpa di duga.. Perpisahan yang bakal terjadi juga tidak di duga.. Yang pasti hal itu akan berlaku.. Cuma tidak tahu bila kah masanya.. Aku pasrah.. Kiranya sudah tertulis persahabatan kita terhenti esok hari.. aku rela.. Terima kasih Allah SWT kerana telah meminjamkan kawan kawan yang sangat  mendamaikan.. syukur..

Seandainya mampu ku teriak ke seluruh alam semesta. pasti aku lakukan untuk mengatakan aku sungguh mencintai kalian seikhlas batinku.. Tapi aku tak mampu untuk melakukan itu..cukup sekadar aku berbisik dalam agar mengatakan..'aku sungguh mencintai kamu wahai sahabat' . Sehingga kan airmata ini gugur jua ke bumi tanda terharu dan syukur atas ukhwah ini..

#kawansampaisyurga #awakawakawakawakawakawaksaya

Tuesday 12 March 2013

~kekuatan di hujung jari~

Salamesrabadi,

Sahabat selamanya.. membuatkan kami sampai ke puncak Broga !



Kami sebenarnya kuat.. Kami mampu berjaya dalam apa jua cabaran sekiranya nya kami nak ! Kami mampu jadi yang terbaik sekiranya kami usaha. Cuma kami malas ! Kami takut ! Kami gentar !

   KAMI NAK YANG TERBAIK SEBAB KAMI ADALAH YANG TERBAIK DALAM KALANGAN YANG TERBAIK.

Cc;  @mierul149 @SuperDuperSya @amaldamsel @nasfid @aieykal

Sunday 3 March 2013

~jauh~

3/2/2008
walaupun tarikh tu aku tak ingat tapi aku tak pernah lupa setiap saat yang aku lalui bersama kau..
tak pernah lupa.. sentiasa ingat..
aku tak pernah menyesal atas perkenalan ini..tapi aku gembira sebab aku gembira !
gembira dengan adanya kenangan bersama kau..walaupun kenangan..terima kasih kerana menciptakan kenagan itu dengan aku..walaupu  kenangan itu tak akan berulang lagi tapi aku akan sentiasa mngenang setiap kenangan itu kerana ia masih segar dalam kotak ingatan aku.. terima kasih sebab buat aku tersenyum setiap kali mengenang kan kenangan itu..
sungguh aku menghargai setiap kenagan itu..akan aku simpan kenangan itu di sudut hati aku yang paling dalam..akan ku siram ia selalu agar ia sentiasa segar dan tak layu di makan waktu..walau berabad lama kita tak bersua..walau kau di miliki oleh insan lain, walau aku berbahagia dengan orang lain..namun kenangan aku bersama kau tetap menjadi kenangan yang paling abadi dalam sanubari aku..
Andaikata aku di kurniakan cahaya mata..akan ku cerita kan kepada anak anak aku tentang kisah kita..kisah yang sangat indah dan akan menjadi pedoman dan nukilan buat anak anak aku..kerana dari situ lah aku belajar erti rindu, kasih, sayang dan cinta..mungkin anak anak aku juga akan menceritakan kenangan kita kepada generasi nya akan datang..agar cinta kita sentiasa hidup dan bersemadi selamanya...sungguh aku rindu <3

                                            

Saturday 2 March 2013

~aku berdosa~

Aku masih di persalahkan.. Tuhan ku kenapa aku tak sedar kesalahan aku? Aku mohon dan berdoa agar aku mengakui kesalahan yang telah aku lakukan.. Jauhi lah aku dari sikap iri hati ya tuhan ku..amin

Puas aku cari bagaimana aku nak memperbaiki diri tapi aku gagal..gagal membaiki diri..sehinggakan aku menyusah kan orang yang berada di sekeliling aku.. Aku ingin berubah.. Tapi macam mana? bimbing lah aku..aku manusia lemah

~ku bersujud~

Salamesrabadi,

"Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa,
dalam bergurau mungkin terlanjur senda,
dalam berjanji mungkin ada yg belum dikota,
dalam berbicara mungkin ada yg terasa.
Kemaafan jualah yg dipinta.
renungkan..." - Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

  
                                        

~sampai hati awak ~

aku terpaksa cancel pergi BIG BAD WOLF esok dengan kawan kawan sebab aku ada masalah jiwa dengan iwan,,aku terasa hati sangat sangat..terkilan sangat..sampai hati dia cakap aku macam tu..walaupun benci aku tapi jangan sampai macam tu..

maaf nadira sebab batal ke sana esok..dengan keadaan aku macam ni..aku x nak jumpa dengan sapa2..nasib baik aku cuti esok..aku harap esok lusa aku dah ok..i hope soo..tertekan nya ya Allah..

kuat kan lah aku..pasrah kan lah aku dalam menerima dugaan dari -MU..

                                          

baca sampai habis iwan

Aku bukan macam tu iwan..
Aku bukan yang macam kau fikirkan..
Aku memang bukan yang terbaik dalam hidup kau,
Tapi aku jugak bukan lah sejahat yang kau sangka..
Aku tahu..lelaki dalam hidup aku silih berganti..datang dan pergi..
Tapi aku bukan lah perempuan yang sangat taksub sehingga berfoya foya dengan lelaki..
Demi Allah aku bukan macam tu..

Ya Allah.. Kenapa ni tejadi
Semakin aku cuba menjauh, semakin kau datang mendekat... Aku kah yang bersalah?
Iwan..benci lah aku semahu hati kau, tapi jangan pernah menanggap aku perempuan persis itu..
Aku merayu...Seandainya masih ada nama ku dalam hati mu, Padam lah nama aku dalam hati mu.. supaya kau tidak berfikiran buruk padaku,, seandainya sudah lama nama aku tiada dalam kamus hidup mu.. jauhkan lah berprasagka buruk terhadap aku..

Kiranya terpaksa aku melutut merayu rayu agar kau tidak menganggap aku sebagai perempuan yang jahat,,akan aku lakukan,,

Kau pergi meninggalkan aku..Aku hidup tanpa arah.. Hari jadi kau.. aku berusaha menghantar mesej melalui nombor nombor telefon kau yang ada pada aku.tapi satu pun tak berjaya di hantar..aku hampa..aku post kau wall fb kau, aku hantar chat..aku buat macam macam agar kau sedar akan kehadiran aku..tapi apa aku dapat? kata cacian dari kau? walaupun kau tak tujukan kepada aku, tapi aku seolah olah terpana seketika dengan update status fb kau.. setiap kali aku bukak fb mesti aku stalk kau iwan,,tengok kau sedar atau tak yang aku wish birthday kau..

Aku buat macam macam..tulis kat diari aku birthday kau..reminder kt phone sebab tak nak lupa birthday kau macam tahun lepas.. tapi kau cuma like dan ucap tq sahaja kat wall post aku..aku mengharapkan lebih dari itu iwan..aku mengharapkan kau ucapkan sesuatu kepada aku..

dengan orang lain kau boleh tinggalkan comment yang panjang panjang..sampai kan aku cemburu dan lastly aku delete post aku sendiri..aku macam syok sendiri..aku tahu..aku memang syok sendiri,,

Aku hanya lah manusia biasa yang nak ada cinta ada kasih dan dibelai..lama kau tinggalkan aku..wajarkah aku terus menunggu kau? ya..kat sini aku ckp sayang kat sana aku ckp sayang..kau betul tapi aku mengharapkan kau tapi kau tak muncul muncul..

Aku bukan lah terlalu baik..aku jahat..tapi kau yang jahat..kau yang buta dalam menila cinta iwan..perkenalan aku dengan kau dah lama..kalau perempuan yang alim adakah dapat menerima apa yang kau dah buat kat aku selama ni? menghilang then jumpa balik? kau lupa ke?

mungkin kau dh lupa..2009 perkenalan kita,,bulan Mac atau April aku pun lupa..walaupun aku lupa bulan berapa kita berkenalan tapi aku tak pernah lupa apa yang berlaku kat kite..sikit pun aku tak lupa..semua masih segar dlm ingatan aku...nak je aku cerita kalau mampu..

dulu aku ingat kau meninggal..hampir tiap tiap malam aku menangis..yaaa..masa tu aku ada kapel..after kau tinggal kan aku..aku cakap kat kapel aku tentang kau..cerita pasal kau...dan aku janji kat dia aku nak pergi ziarah kubur kau kt pahang..bodohkan aku? tapi cinta kami tak kesampaian..dan kau hidup balik...what the nonsense story..

marah? tak langsung sebab memang aku mengharap kan kau hidup pun...sebab aku memang tak percaya yang orang yang aku sayang mati..tapi aku di suruh percaya oleh orang yang mesej dengan menggunakan nombor tepon kau dulu..aku pun tak tahu sapa..sampai sekarang aku tak tahu sape..aku tak berminat nak tahu pun.yang penting aku masih lagi dapat tengok kau bernyawa..

kalau perempuan lain apa perasaan dia? mungkin perempuan lain pun tak kisah mcm aku kan? sebab perempuan lain lagi baik dari aku kan?

yaaa..aku tak layak di buat isteri..aku tahu..tapi iwan jangan pernah kau hina aku macam tu...kau tak tahu apa apa..kau tak pernah nak faham aku..
kau  tipu aku pasal umur kau..aku sabar,,aku tetap jejak kau..

iwan..sekali lagi aku merayu kat kau, walaupun selaut mana pun benci kau kat aku jangan pernah nak hina maruah aku..jangan pernah nak mengata aku...Aku akui aku jahat..tapi jangan biar sampai aku tahu kau anggap aku jahat.. terlalu sakit..terlalu pedih..

Apa yang aku lafazkan ni adalah jujur dari ati aku..walaupun pahit untuk aku ucapkan tapi ni adalah hakikat..
Siti ada tanya aku.."kau tak de nombor iwan ke?' aku cakap tak de..dia cakap 'tipu'..aku tak pernah mintak nombor phone kau..sebab aku tak nak ganggu kau..sebab aku tahu kau memang tak suka aku..kalau kite selalu msg mungkin akan menyusah kan hidup kau..kau ingt tak dulu kite penah kapel jap..tapi kau lagi sekali menolak aku..dah banyak kali dah iwan..

kalau perempuan lain ada ke nk wish birthday kau mcm aku buat? kau buta nak menilai cinta yang benar atau palsu..setiap kali aku bercinta aku tak pernah main2..aku serius,,tapi orang yang main main kan aku !
jangan sampai suatu saat aku menjadi membenci lelaki..tapi siapa aku untuk benci lelaki? aku tak sempurna..tapi selalu di kecewa..

walaupun aku kapel dengan sape pun tapi kau selalu ada dlm ingatan aku..kau tahu tak? kau bodoh.bodoh dalam cinta..sebab kau dah banyak buat aku derita,,kau buat aku bazir kan air mata aku,,kau bazir kan masa aku tunggu kau..sebab perkenalan kita dah lama..sayang aku nak lupa kan..walaupun bukan as bf gf tapi sebagai kawan pun aku anggap kau..tapi kau? pakwe aku dulu ada cakap kat aku ; " kau tak kan jumpa lelaki yang sayang kau mcm aku syg kau"... dlm hati aku masa tu aku cakap "ada..iwan tapi dia dah mati..tak ada perempuan yang boleh sayang iwan macam aku sayang dia"

Serius aku terlalu cemburu bila melihat kau bermesra mesra kat fb dengan sape2 pun..aku pun tak tahu kenapa ...aku tahu sebab apa..sebab aku bodoh kan? aku bodoh !!!!!

sebodoh mana pun aku plis jgn hina aku iwan..aku merayu..tolong...aku selalu usha kau kt fb,,tengok kau online tak.tapi kau tak online,,maybe kau online tapi tak nak aku tahu kan?

nak tahu tak dulu..aku desprte giler nak jejak kau balik..sehinggakan semua fb yang ada nama ikhwan irfan..irfan ikhwan semua aku add dan semua aku tanye ni iwan ke sape? kau tengok lah aku..sebagai seorang yang bodoh..tepuk lah tangan iwan..sebab berjaya memperbodohkan aku..

aku tak menyesal pun berkenalan dengan kau..walaupun peristiwa pasal kematian kau dulu masih segar dlm ingatan aku...demi Allah aku tak pernah mengaggap kau lelaki jahat...apatah lagi mengaggap kau 'lelaki yang tak boleh di buat suami' ya Allah,,kau cakap aku tak boleh buat bini iwan..gugur air mata aku iwan..

buat la 1000helaian tulisan pun,, tak akan mengubah apa2..kau tetap anggap aku perempuan yg tak boleh di buat bini kan? aku tak boleh nak tegak kan kebenaran..sebab aku tak kawal mulut kau..aku cuma mmpu merayu je..

kebenaran hanya Allah SWT yang tahu..

iwan..aku harapp kau faham..aku tak harap kau baik pada aku, cukup laa sekadar kau kunci mulut kau dari terus mengata aku..aku merayu..DEMI ALLAH

aku coretkan untuk kau..aku tak mintak simpati dari kau tapi aku nak kau berhenti hina aku..aku rayu..

NURHANA FARAHYIAH BINTI ROSLAN buat ;
ENGKU IKHWAN IRFAN BIN ENGKU HAIRI.

Friday 1 March 2013

~sepi melamar kerinduan~

Salamesrabadi.,

Apabila kata sepakat dah di setujui timbul pula tiada komitmen dan tiada nya sifat bertolak ansur antara satu sama lain.. Jadi apa yang jadi? Aku bukan sempurna, Aku bukan lah menganggap aku sahaja yang terbaik, Aku bukanlah tidak boleh menerima pendapat orang lain. Walaupun orang melihat aku sebagai seorang yang complicated tapi aku bukan lah seperti itu.. Ya..mungkin aku sedikit berfikiran songsang dan memikirkan sesuatu yang payah walhal benda tu sangat senang. Aku ikut perangai ayah aku.. Ayah aku seorang yang sangat susah orang nak faham dia.. macam aku.. Tapi aku sangat mudah nak berurusan dengan orang lain..percaya lah..walaupun aku tak sepurna tapi aku menginginkan kesempurnaan dalam apa jua yang aku rancang..




Sebagai contoh aku ambik dan dapat gambar kan apabila aku terpaksa berurusan dengan sebuah kumpulan kawan kawan yang sangat akrab ..bergelak ketawa bersama dan kami boleh di ibaratkan seperti keluarga. sangat rapat !. Kami merancang sesuatu projek yang memerlukan tolak ansur dan kerjasama.. dan semua aspek tu tiada.. Aku selalu ingin kan kesempurnaan dalam mengendalikan apa apa projek ataupun apa apa je. Terasa sangat hampa apabila kawan kawan yang sangat akrab satu ketika dahulu seakan akan tidak mahu berkerjasama dengan aku..

Ini hanya lah contoh.. dan lansung tiada kena mengena antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan.. begitu juga aku. Aku tidak lansung menganggap aku selalu betul dan tidak pula menyalahkan orang di sekeliling aku atas apa yang berlaku. Mungkin mereka juga mengingin kan yang terbaik sama macam aku.. Tapi jauh di sudut aku sangat terkilan seandainya contoh di atas terjadi kepada aku.. Mujurlah kawan kawan aku semuanya baik baik belaka.. :)