Thursday 31 January 2013

~sempurna~

Salamesrabadi

                                     

Maaf jika kehadiran ku dalam hidup mu menambahkan lagi duka yang bersarang dalam hati mu, maaf jua kiranya pertemuan ini menitikkan peristiwa hitam dalam hidupmu. Walaupun perkenalan ini ada sendu di penghujung tapi aku tidak menyesal akan itu. Perkenalan dengan mu menciptakan sebuah memori dan nostalgia yang sangat warna warni walaupun ia nya hanya sebentar cuma. Masa tidak lansung mencemburui kita tapi kekangan keegoan yang menggunung antara kau dan aku yang menyebabkan pengakhiranya nya sunyi tanpa nokhtah yang pasti. 

Pertemuaan walau sesingkat mana pun sudah mampu membuatkan aku mengingati mu sepanjang hidup ku. Kehilangan mu tanpa jejak. Tanpa bernisan. Hanya namanu yang subur di hati ini. Maaf sekali lagi kerana jiwa ini sarat dengan kerinduan yang menggunung terhadap mu. Maaf jua kiranya hati ini selalu menyebut nama mu walau dalam tidur, walau dalam mimpi. Tiada siapa yang mampu menghalang rindu ini kepada mu. Mungkin takdir yang memisahkan kita, tapi takdir juga yang menemukan kita. Ku ingin menghukum takdir. Tapi dengan takdir jua kita berkenalan. Terima kasih takdir, kerana telah mangaturkan hidup aku dengan sangat indah, iaitu dapat mengenali kamu.

Mengenali kamu sudah cukup membuat jiwa ku yang resah bertukar berbunga bunga, membuat tidur malam ku yang berendam airmata bertukar menjadi mimpi indah yang sangat indah, membuat bibirku kembali menguntum senyum. Hanya satu ku pinta dari mu, izikan selamanya namamu di hati kerna sekali cinta aku tetap cinta. #angah

Tuesday 29 January 2013

~sang pepatung yang rindu~

Salamesrabadi,

Terasa sangat sunyi tanpa kehadiran kawan-kawan di sisi. Tiada lagi kedengaran suara hilai tawa rakan rakan. Tiada perkongsian suka dan duka. Yang ada hanya lah selaut kerinduan kepada mereka semua. Sedar atau tidak sudah hampir dua minggu cuti semester ini aku habis kan di kampung halaman. Sungguh tenang waktu cuti ini berlalu, tidak setenang hati aku yang sedang berkocak mendambakan apa mahu ku.

Aku ingin sekali menjadi bagai seekor pepatung yang terbang di angkasa raya. Bebas menjelajah dunia, bertebaran di udara bagai tiada apa apa halangan apatah lagi masalah yang membelenggu. Sang pepatung pastinya merdeka dengan dunia mereka sendiri. Ingin sekali aku hidup persis mereka. Walaupun kecil tapi mampu melawan badai sang angin kala bertiupan. Sungguh indah ciptaan Allah SWT.

                                              

~lika sebuah duka~



29hb February 2013
Ø  Maaf  kan saya kerana tidak mampu  menjadi yang  terbaik  untuk  awak
Ø  Maaf kan saya kerana telah mengecewakan awak
Ø  Maaf kan saya kerana telah melukakan awak
Ø  Maaf kan saya kerana tidak mampu untuk menjadi teman wanita yang baik
Ø  Maaf kan saya kerana tidak sempat mengembirakan awak
Ø  Maaf kan saya kerana tidak membuat awak tersenyum
Ø  Maaf kan saya kerana tidak mampu untuk bersabar dengan awak
Ø  Maaf kan saya kerana bersikap kasar dengan awak
Ø  Maaf kan saya kerana memarahi awak
Ø  Maaf kan saya kerana telah terlebih membebel
Ø  Maaf kan saya kerana memungkiri janji
Ø  Maaf kan saya kerana selalu mengacau awak
Ø  Maaf kan saya kerana selalu merajuk
Ø  Maaf kan saya kerana mengongkong awak
Ø  Maaf kan saya kerana melarang awak menghisap rokok
Ø  Maaf kan saya kerana mencintai awak lebih dari awak mencintai saya
Ø  Maaf kan saya merindui awak tanpa keizinan
Ø  Maaf kan saya kerana menyimpan nama awak agar bersemadi dalam hati saya
Ø  Maaf kan saya kerana saya akan mengingati awak sampai mati

Sunday 13 January 2013

~jom melastik bintang~

Salamesrabadi..

Entah ke berapa kali dah aku pergi ke i-city Shah Alam tu..Tak terkira..cuma yang berbeza nya aku pergi dengan orang yang berbeza..jadi perasaan tu lain siket.hahaha..meracau je tengah tengah malam ni..

Kenangan tu walau kat mana pun ia berlaku ia tetap akan jadi kenangan dan akan jadi sejarah yang akan terfaktab dalam kamus hidup kalian..Begitu juga dengan aku..Walau pun dah banyak kali ke tempat yang sama tapi ia tetap menjadi kenangan yang terindah dalam hidup kerana ia telah menciptaka kan satu memori yang sangat indah ..tak mungkin kami akan mengulangi nostalgia persis semalam..

Angah(bukan nama sebenar)? ya.. pertama kalinya bertentang mata dengan dia membuatkan aku tidak keruan,degup jantung berdetak dengan kencang sekencang hati aku yang bergelojak kegembiraan.. #lalala.
pertemuan kami tanpa di rancang dan telah membibitkan pertemuan manis antara dua hati yang sedang menjalin cinta..#berbungaRiang. Tiada ungkapan yang mampu di lafazkan apabila insan yang selama ini aku hanya berkomunikasi di alam maya tertancap di hadapan mata..lidah bagaikan kelu bisu dan pipi ku semerah buah saga #hahaha.


pada malam itu suasana di sana sangat indah..tapi aku dapat rasakan hati dan perasaan aku lebih indah daripada icity pada malam tu #hahaha ..
pada malam itu jugak lampu lampu di sana sangat terang dan sangat cantik..tapi aku dapat rasakan hati aku lebih terang daripada tempat tu..lebih cantik daripada icity.#hahaha

_________________________________________________________________________________


ke menyanyangi mu seadanya..ku ingin memilikimu kerana kekurangan mu..ku ingin melengkapi segenap penjuru kehidupan mu..ku ingin kita saling melengkapi kekurangan yang ada pada diri kita..ke merasa bahagia saat kamu berada di sisi..ku merasa diri ku seindah sakura tatkala dapat menatap wajahmu..dapat juga ku merasa kan kasih sayang antara kita pabila mata kita bertentangan..dua jiwa yang sudah sebati sangat sukar untuk di leraikan..begitulah engkau dan aku <3

Januari 12, 2013#