Monday 6 January 2014

~ Selamat Tinggal Sayang ~

Salamesrabadi,

Selamat tinggal 2013, bermakna selamat tinggal madu dan racun yang tersimpul mati dalam tahun tersebut. Tahun 2013 meninggalkan aku kenangan yang cukup mendalam. Sehingga aku sendiri tidak kuat untuk menanggung nya tetapi aku gagah kan dan pura-pura kuat untuk menghadapi kenyataan yang cukup perit. Tahun lepas juga membuatkan aku terpana dek kerana hakikat yang terlalu pedih untuk aku terima. Aku menyesal banyak perkara. Andainya dapat ku undur masa, akan ku ubah segala-galanya dan aku canangkan roda kehidupan aku sebaik-baiknya.

Yang berlalu tak akan berulang. Menangis air mata darah sekali pun, kenangan dan hakikat dan kebenaran dan ketelanjuran dan kekhilafan dan kegusaran semalam tidak dapat di ubah. Ia tetap menjadi sejarah. Sejarah yang pahit dan akan aku telan perlahan-lahan. Ingin melupakan segala kenangan hitam 2013 memang payah. Cuma yang aku mampu lupakan ia perlahan - lahan dan insyaAllah ia akan pergi :(

Ketawa, airmata, kecewa, menangis, tersenyum dan termenung adalah inti kepada tahun 2013. Menghadapi hari-hari terakhir 2013 sangat menyakitkan dan sangat di luar kemampuan aku. Aku pun terkeliru adakah ini ujian kepada aku? Atau aku yang tersilap memilih jalan hidup dan membuat pilihan. Aku pasrah andai ini yang tertulis untuk aku. Tapi kesilapan semalam tidak mampu aku lupakan. 2013 mengajar ku erti kehidupan.

Mengenali mu, mencintai mu, merindui mu, menyayangi mu adalah simpulan kepada tahun 2013. Terlalu indah dan dalam pada masa yang sama ia terlalu menyedihkan. Biarlah kisah perkenalan kita terlipat kejap di dada kenangan aku buat selamanya..

2014, menjengah tidak pula aku bersedia untuk menutup kisah 2013..

Semoga 2014 lebih baik dari semalam dan aku belajar daripada kesilapan lampau. Sungguh aku merindui 2013 dan saat aku ketawa tanpa menghiraukan tangisan orang lain. Dan sungguh aku terkilan pabila aku memangis dan mendengar ketawa orang lain. Tuhan itu maha adil. Selamat tinggal kenangan, selamat tinggal kekasih, selamat tinggal sayang. Sungguh aku akan merindui kamu dan sungguh aku ingin memulakan kehidupan baru bersama orang-orang di sekelilingku yang masih menyayangi aku. InsyaAllah.

2013, akan ku tutup rapat dan tak akan ku bukan lagi ikatan tahun lalu dan akan ku abadikan dalam sudut yang paling dalam di hati aku segala ceritera dan kisah semalam. Semoga kita tak akan bertemu lagi 2013. Dan selamat datang 2014.


Wednesday 25 December 2013

~hujan~

Salamesrabadi..

Detik saat minit hari bulan dan masa yang berlalu saban waktu meninggalkan kita kenangan. Kenangan yang tak mungkin kita akan capai lagi.. berlalu tanpa kita sedari. kita akan sedari ia apabila adanya Rindu kepada hari semalam. Begitu juga hari ini, aku rindu pada kenangan yang semalam. Kenangan dimana kita bersama bergelak ketawa, saling mengambil berat, senyum ketawa bercanda riang..adalah kenangan itu akan tercipta jua di lain masa? Rindu sangat sangat. Kenapa masa itu cepat sahaja berlalu. seakan akan tidak memberi peluang kepada kita untuk bersama lagi.

Mungkin tiada ruang untuk kita di dunia ini. sehingga diri ini sentiasa rindu akan gelak ketawa mu.. Sungguhpun begitu aku langsung tidak pernah berputus asa untuk senantiasa merindui kamu. Walau seribu tahun lama nya..tapi adakah mampu untuk aku hidup seribu tahun lagi untuk bersama mu? #S

Friday 20 December 2013

~DURI~

KAU ADALAH SORANG KAWAN AKU YANG HANYA BERSIKAP MUKA - MUKA DENGAN AKU..BILA NAK SESUATU DARI AKU,KAU BAIK TAPI BILA KAU TAK PERLUKAN AKU KAU BUAT MUKA DENGAN AKU ! APA KE BANGANG ORANG MACAM KAU NI ? SELAMA AKU KAWAN DENGAN KAU AKU TAK PERNAH PANDANG BURUK KAU,..SEMUA AKU PANDANG BAIK KAU..WALAU KAU ADA PERANGAI BURUK TAPI AKU TERIMA KAU SEBAB AKU SAYANG KAU...SAMPAI SYURGA KONON,,,BLAH LA WEHH  DENGAN STATEMENT KAU TU...

ENTAH APA YANG KAU TAK PUAS HATI TAK PAHAM AKU..KAU MEMANG NAK BUAT AKU HANGIN SATU BADAN..AKU WALAU ADA TAK PUAS HATI DENGAN KAU TAPI KALAU DAH TENGOK MUKA KAWAN-KAWAN YANG LAIN MEMANG AKU CAIR SEBAB AKU SAYANG KAWAN.. BAGUS LA SEBAB KAU ADA KAWAN KAWAN LAIN YANG BERKAWAN DENGAN KAU SELAIN AKU. TAK DE LA KAU SEPI SANGAT.. BAGUS...KEHILANGAN AKU PUN KAU TAK TERASA SANGAT KAN?

BTW, KESABARAN MANUSIA NI ADA TAHAP GAK..DAH LAMA AKU PERHATI,DAH LAMA AKU SABAR, DAH LAMA AKU MENGALAH...KINI TIDAK LAGI..DAH NAIK MENYAMPAH AKU TENGOK MUKA KAU..MACAM NI LAH YE, YES,, WE ARE STILL FRIEND TAPI BILA PERLU SAHAJA. AS YOU WISH RIGHT? NI YANG KAU NAK KAN? SEKARANG KAU TAK PERLUKAN AKU TAPI SUATU SAAT BILA KAU PERLUKAN AKU PANGGIL LA AKU KALAU KAU TAK MALU.

MALAS DA AKU NAK LAYAN ORANG YANG LALANG DAN PERANGAI MACAM KAU. BAJET KAU JE YANG BETUL. ORANG LAIN SEMUA SALAH. DAH LA FED UP... IM SURE IF KAU TAK KAWAN DENGAN AKU, BERSEPAH LAGI YANG NAK KAWAN DENGAN KAU KAN? AKU NI APA JE...PASAL PELAJARAN BUKAN BOLEH BANTU KAU..TAK BERAPA PANDAI..NAK DENGAR KAU BERCERITA? ORANG LAIN PUN ADA...NAK PINJAM DUIT? BUKAN AKU COP DUIT.. NAK KELUAR DENGAN AKU? PERNAH KE KELUAR DENGAN AKU KALAU AKU AJAK? KALAU KAU AJAK AKU ON TIME..PERNAH KE KAU AJAK AKU?
KISAHH PULAK AKU!

AAHHHH MEMBARA TAHAP GUNUNG BERAPI HATI AKU. .SEKALI KAU BUAT MACAM NI KAT AKU, AKU TAK RUGI APA APA LA...DAN AKU PUN TAHU KAU PUN TAK RUGI APA APA..SO TAK KISAH LA KAN..DAH DAH...KAU ADA KE TAK ADA KE LANTAK KAU LAH..MALAS DA AKU NAK LAYAN KAU..LAGI NAMA KAU ADA DALAM DIARI HIDUP AKU, LAGI GILA OTAK AKU...LEBIH BAIK DIAM DARIPADA SEMUA BENDA NAK CERITA. DAN KAU TAK PAYAH NAK SEDIH SEDIH SEBAB NI MEMANG KAU NAK KAN ??
KALAU KAU NAFIKAN TAK PAYAH NAK BOHONG LA !!!!!!!!!

SEKALI KAU BENCI AKU, SEJUTA KALI AKU BENCI KAU LA...DULU AKU SAYANG PERSAHABATAN NI...SAYANG NAK MAMPUS..KAU SALAH, AKU PUJUK,, DIA MERAJUK AKU RAYU, AKU NANGIS...TAPI SEKARANG DAH SIA-SIA...JANGAN TANYA KENAPA..FIKIR MACAM MANA NAK JADI MACAM DULU..AKU SILAP KE KAU YANG SILAP..KALAU AKU SILAP AKU AKAN BERUBAH, KALAU KAU SILAP TAK PAYAH BERUBAH...NO NEED !!!! I DONT NEED YOU ANYMORE. FULLSTOP !

IF ADA APA APA PENTING JE KITA CAKAP, KALAU TAK MALAS AKU NAK LAYAN ORANG YANG HALOBA MACAM KAU.. SIA-SIA LA GILERRR...

Monday 16 December 2013

~cahaya ketenangan dan kegembiraan~

Salamesrabadi..

Nana..kau kuat kan? Dulu kau tak macam ni pun..mana kau yang dulu dowh? tak chill la kau.. Asyik nak gelabah je..asyik nak nangis je..asyik nak putus asa je.. Rilek la weh.. Dalam hidup memang banyak rintagan..Dulu kau yang beria cakap yang walau jatuh kali ke lapan, bangun la kali ke sembilan..kau tipu eh Nana? kau dah tak macam dulu la..lemau..nape ni? ada masalah ke? ke apa yang kau nak tak dapat? cube cerita kat sini aku nak dengar. Nana Nana.. tak faham aku dengan kau.

Dulu aku ingat lagi time sekolah menegah, kau perform habis kot. Jahat-jahat kau pun selalu gak naik pentas terima pelajar cemerlang tapi sekarang kat mana kau? kau dah kenapa ni? apa susah sangat ke UM tu ? Meh sini aku jumpa VC dia..ke kau yang main-main? hmmm..kau ni..ke kau dah kenapaa sengalll??? dah dah la tu nyeee..bangun bangun,..masa da tak ada..enjoy boleh tapi berpada-pada k sayang? siapa cakap tak boleh kapel tapi kapel + belajar bia dekan.. hahaha...boleh ke?? Apa pulak tak boleh..ishhh dulu kau SPM kau kapel 3orang lelaki kan? hahaha,..kau ingat aku tak tahu ke Nana? Aku tahu la..hahaha..so sekarang kau kapel dengan 10 orang pun janji kau happy and janji maintain jee..k?

Tu pasal stdy..ni hal lifestyle kau pulak..meh sini aku nak nasihat kat kau Nana..kau tak payah nak harapkan orang yang tak sayang kau boleh? jangan jadi bodoh la giler...faham? yang kau hamak sangat kat laki tu nape?? memang laki tu je ada kat dunia ni? hah? dahh lupakan dia now !!!!! dan aku akan cari kan kau laki yang lagi baik dari dia la..hahhaa..tapi tunggu aku kawin dulu la eh..hahah...

Kau ni Nana aku tengok macam bajet tabah, bajet kuat tapi nangis jugak,..choyy la kau. Cube la hargai airmata kau tu,, kau ingat laki tu berhak ke atas airmata kau? aku memang pantang tol la tengok perempuan nangis sebab laki. Rilek boleh? Nak emo-emo sangat pehal?  Penat la aku dengan kau. Aku nak kau bagun pada 27.12.2013 kau menjadi sorang perempuan yang lain boleh? tapi kenapa 27.12? ye laaa selepas 26.12..hahaha...giler..kalau kau nak tahu..tanya Nana sendiri. Budak Nana tu macam macam ada kt kepala dia..Sampai aku pun tak terfikir..

Dah la..ngantuk la...Nana kau pi tido..jangan nak melebih2 emosioal sangat..ada apa-apa cakap aku..k? nite sayang.


#pepariBiru

Saturday 23 November 2013

~ dia ~

Salamesrabadi..

 Anas..kau faham bahasa tak aku sayang kau... kau pekak ke apa? ke buta? ke tak ada perasaan? ke tak normal? Kawan tu kena paham makna kawan..bukan paham makna berseronok dengan kawan. kawan tu ada pahit manis dalam berkawan. Sekali tertelan hempedu dan sejuta kali kau telan madu. Takkan kau dah nak lupakan saat kau terasa manis nya madu tu? Please..buka hati, buka minda.. Menyayangi kalian adalah perkara wajib bagiku setiap kali aku bangun tidur. Ini fakta bukan auta.. Ini hakikat bukan ilusi.. 

Aku tak suruh pun kau pujuk aku.. Aku sape nak suruh kau pujuk..bukan makwe kau pun..aku tahu la... cuma mungkin k.a.w.a.n tu kau tak tahu lagi apa takrifannya. Hmmm..mungkin ambil masa kot untuk kau dalami maksudnya.. 
Tapi aku tak paksa kau untuk belajar apa makna kawan sebab aku pun bukan bagus sangat kau cakap kan? So sape aku... nevermind..

Kalau jalan terakhir nya adalah perpisahan.. Ya aku terima..aku kuat kottt...hmmm :')

                                             ikhlas:
                                   Nurhana Farahyiah Roslan
                                     Ahli Jawatankuasa                                             Persatuan KawanSampaiSyurga

~ jodoh itu milik kita ~

Salamesrabadi..


Jodoh itu milik kita? Andai kata jodoh itu milik kita, pasti aku lah wanita yang paling gembira di dunia ini. Andai kata jodoh itu milik kita, pasti aku lah wanita yang tak pernah lekang dengan senyuman kerana di sisi ku hanya kamu yang bertahta. Sekali diri ini menyerahkan hati untuk kamu, selamanya akan aku menyayangi mu walau engkau enggan memberi ruang untuk aku terus menyayangi mu.. Sekali diri ini mengatakan sayang, tak begitu mudah untuk aku melupakan lafaz kata itu. Untuk kesekian kalinya, pintu hati ini ku buka untuk kamu, mendambakan kasih-sayang yang tulus ikhlas dari insan yang bernama Sufian.

Aku mengharapan harapan yang tinggi untuk setiap jalinan yang terjalin.. sehingga mungkin jauh di awangan..yang hanya aku seorang yang mampu melihat angan ku. Tapi yang pasti, ku ingin diri mu selalu dengan ku. Entah mengapa, ku merasakan jalinan ini terlalu dekat dan terlalu utuh biarpun perkenalan kita seminit cuma.. Adakah aku yang bermimpi di siang hari atau adakah ia adalah satu ujian yang seterusnya untuk aku? Seandainya aku bermimpi, tolong kejutkan saya awak. Dan seandainya ini adalah ujian, aku terima ketentuan yang telah di tetapkan. Tiada siapa mampu menghalang kuasa-Nya.


Aku selalu memberi tapi jarang menerima dan aku selalu menerima jarang sekali untuk memberi. Ya... walaupun sama dan adil tapi itu adalah lumrah kehidupan. Walaupun kita mengharapkan orang yang kita sayang untuk berada  dekat dengan kita, kadang - kadang dia tercipta untuk orang lain. Dan apabila kita tak mengarapkan dia untuk berada di sisi kita, dia selalu ada untuk kita. Kita tak pernah mendapat apa yang kita inginkan. Mungkin Dia masih menguji kita dan aku terima. Insyallah dengan senyuman.

Untuk awak, perasaan cinta yang sejati sukar di cari.. Apatah lagi cinta yang ikhlas. Mungkin ada tapi satu dalam sejuta. Ia sudah ada di depan mata tapi kenapa masih buta untuk menilai cinta ini? Awak, cinta itu perlu di tunjuk dan perlu di sulami dengan kasih sayang agar cinta itu tetap harum subur di hati. Awak, saya rindu awak yang dulu #sengal . Awak dengar tak? Mungkin awak sukar nak percaya yang seminit perkenalan akan wujud nya perasaan kasih yang begitu mendalam tapi itu yang saya rasa kan kini.

Awak..sekiranya saya salah untuk mencintai awak..tolong betulkan saya. Sekiranya saya bertepuk sebelah tangan..tolong sedarkan saya.. Saya tabah..saya tak akan menangis.. saya hanya menangis dalam mimpi dan tak akan menangis di alam realiti :)

Wednesday 13 November 2013

~kawan sampai mati~

Salamesrabadi..

Diam adalah penawar kepada pergaduhan. Diam adalah perkara terbaik dalam apa jua masalah tapi sampai bila mahu diam? Selama ini aku tak pernah diam dalam apa jua masalah. Mesti mencari akal dan kata-kata untuk menegakkan keadilan. Selama ini aku bersaing untuk menang dalam apa jua pertempuran. Penat? Aku tak penat sebab aku berjuang untuk suatu keadila, suatu kebenaran dan demi maruah. Tapi itu dulu..
KINI....

Sudah tiba masanya untuk aku berdiam diri untuk kesekian kalinya, dulu aku gagah tidak mengenal erti penat tapi kini aku ingin berehat daripada terus bertelagah dengan manusia manusia yang mempunyai pelbagai ragam dan perangai. Mungkin suatu masa aku betul dan mungkin suatu saan mereka betul dan sebaliknya.. Kini sudah tiada guna nya siapa betul siapa salah, aku tetap dengan pendirian aku yang diam is better than everything dan insyaAllah akan ku laksana kan.

Sudah penat diri ini dengan tomahan, kata cacian, umpatan tapi ku kebalkan diri dengan MELAWAN semampuku. Kini aku sudah menjangkau usia yang sudah agak tua untuk melawan anasir anasir seperti itu. Malas untuk aku melayan kerenah mereka mereka yang masih belum bijak menilai mana intan yang mana permata.. Mana kaca mana berlian.

Benar kata pujangga yang "walaupun kita berbuat sejuta kebaikan tak mungkin orang akan mengingati kita tetapi sekali kita berbuat kejahatan sejuta tahun pun orang akan mengingati kita" Itu lumrah duniawi. Walaupun sedikit kecewa dengan pernyataan tersebut namun ia adalah realiti dan kita sebagai manusia tidak mungkin akan dapat menghalang nya.

KAWAN hanya satu ungkapan di bibir dan sesiapa sahaja berhak dan tahu menyebut nya. Terlalu mudah ! MUDAH !! Sehingga kan ia di ambil mudah oleh segelintir manusia!