Monday 6 January 2014

~ Selamat Tinggal Sayang ~

Salamesrabadi,

Selamat tinggal 2013, bermakna selamat tinggal madu dan racun yang tersimpul mati dalam tahun tersebut. Tahun 2013 meninggalkan aku kenangan yang cukup mendalam. Sehingga aku sendiri tidak kuat untuk menanggung nya tetapi aku gagah kan dan pura-pura kuat untuk menghadapi kenyataan yang cukup perit. Tahun lepas juga membuatkan aku terpana dek kerana hakikat yang terlalu pedih untuk aku terima. Aku menyesal banyak perkara. Andainya dapat ku undur masa, akan ku ubah segala-galanya dan aku canangkan roda kehidupan aku sebaik-baiknya.

Yang berlalu tak akan berulang. Menangis air mata darah sekali pun, kenangan dan hakikat dan kebenaran dan ketelanjuran dan kekhilafan dan kegusaran semalam tidak dapat di ubah. Ia tetap menjadi sejarah. Sejarah yang pahit dan akan aku telan perlahan-lahan. Ingin melupakan segala kenangan hitam 2013 memang payah. Cuma yang aku mampu lupakan ia perlahan - lahan dan insyaAllah ia akan pergi :(

Ketawa, airmata, kecewa, menangis, tersenyum dan termenung adalah inti kepada tahun 2013. Menghadapi hari-hari terakhir 2013 sangat menyakitkan dan sangat di luar kemampuan aku. Aku pun terkeliru adakah ini ujian kepada aku? Atau aku yang tersilap memilih jalan hidup dan membuat pilihan. Aku pasrah andai ini yang tertulis untuk aku. Tapi kesilapan semalam tidak mampu aku lupakan. 2013 mengajar ku erti kehidupan.

Mengenali mu, mencintai mu, merindui mu, menyayangi mu adalah simpulan kepada tahun 2013. Terlalu indah dan dalam pada masa yang sama ia terlalu menyedihkan. Biarlah kisah perkenalan kita terlipat kejap di dada kenangan aku buat selamanya..

2014, menjengah tidak pula aku bersedia untuk menutup kisah 2013..

Semoga 2014 lebih baik dari semalam dan aku belajar daripada kesilapan lampau. Sungguh aku merindui 2013 dan saat aku ketawa tanpa menghiraukan tangisan orang lain. Dan sungguh aku terkilan pabila aku memangis dan mendengar ketawa orang lain. Tuhan itu maha adil. Selamat tinggal kenangan, selamat tinggal kekasih, selamat tinggal sayang. Sungguh aku akan merindui kamu dan sungguh aku ingin memulakan kehidupan baru bersama orang-orang di sekelilingku yang masih menyayangi aku. InsyaAllah.

2013, akan ku tutup rapat dan tak akan ku bukan lagi ikatan tahun lalu dan akan ku abadikan dalam sudut yang paling dalam di hati aku segala ceritera dan kisah semalam. Semoga kita tak akan bertemu lagi 2013. Dan selamat datang 2014.