S-trenght (Kekuatan)
Kekuatan yang ada dalam diri aku adalah..aku seorang yang sangat tabah dalam mengharungi pahit getir dalam hidup ini. Aku mampu melawan arus seorang diri walaupun kadang kala aku hampir putus asa.. Aku jarang mengadu masalah yang melanda kepada keluarga.. Cuma kadang kadang terpaksa juga cerita kepada kawan kawan namun kadang kala aku melawan seorang diri.. Aku kuat, kuat dalam meneruskan perjuangan hidup yang sangat berliku liku. Aku juga mudah untuk memaafkan orang lain, walau bibir ungkapkan kata kata benci tapi berbeza dengan hati.. Aku lansung tidak memaksudkan perkara yang aku lafazkan. Aku seorang yang mudah mesra dengan orang sekeliling.
W-eakness (Kelemahan)
Kelemahan yang ada pada diri aku adalah..aku seorang yang mudah terasa sebenarnya, walaupun pada zahirnya aku seorang yang 'easy going' namun sebenarnya aku cepat sangat tersentuh dengan apa yang berlaku di dekat aku. Walaupun kadang kadang aku terasa dalam kata lain merajuk sorang sorang. Aku juga selalu berfikiran negatif terhadap persekitaran mahupun pada diri sendiri sehinggakan memakan diri untuk melakukan sesuatu..hilang keyakinan? yaa..kadang kadang.. Aku bukan lah seorang yang bijak..mungkin otak boleh menerima pembelajaran baru tapi agak lambat tak macam kawan kawan aku..semua nya bijak..Aku mungkin kena di ajar dua hingga empat kali barulah aku faham..Aku susah nak faham apa yang di ajar oleh guru. Dalam kata lain agak lembab 'pick up'. Aku juga tidak pandai untuk menjaga hati orang lain.. Aku tahu banyak yang terluka kerana sikap aku..Sikap aku yang gelojoh, serkap jarang, tak senonoh kadang kadang membuat kan aku tidak di senangi oleh individu sekeliling. Aku juga sangat mudah untuk jatuh cinta..ni lah kelemahan yang paling aku tak boleh nak halang, aku pun tak tahu kenapa.. syok sendiri kan? hmm. Di samping itu, aku adalah manusia yang penuh dengan kekurangan dan kekhilafan dalam pelbagai aspek fizikal dan mental..
O-pportunities (Peluang)
Peluang yang aku ada adalah, aku berpeluang untuk memperbaiki kesilapan kesilapan yang lampau..dan aku mempunyai masa depan yang cerah di Universiti Malaya namun mampukah aku untuk terus mencerah kan kehidupan aku sepertimana peluang yang di beri? Aku juga berpeluang untuk meneruskan hidup dengan tenang bersama keluarga kawan kawan yang sangat memahami dan menyenangkan. Di sini (UM) aku di beri banyak peluang untuk memperbaiki diri dari segi akhlak,sosial,komunikasi,perjalanan hidup, berdikari dan menjadi seorang yang di segani.
T-hreat (Ancaman)
Ancaman yang melanda diri aku adalah terlalu banyak anasir anasir luar yang cuba meracuni hati dan fikiran aku. Aku mungkin akan terjebak dengan gejala sosial yang berleluasa di luar sana dan impak dari itu aku kecundang dalam meneruskan hidup kearah yang lebih baik. Ancaman yang mungkin aku akan hadapi juga adalah aku terpaksa bersaing dengan ramai orang untuk mendapatkan kehidupan yang selesa di masa kelak.
jadikan klemahan sbgai pedoman/iktibar n klebihan sbgai pluang dlm hdup.. (y)
ReplyDeleteemm..tq
ReplyDelete