Friday 14 December 2012

~KEKECEWAAN DALAM SENDU~

SALAMESRABADI..

Hari ini adalah kenangan untuk hari esok..hari esok adalah penantian untuk menempuhinya..
Ingin berkongsi rasa dengan anda semua ..rasa yang aku rasa pada hari ini..13/12/2012..Kita mungkin akan menemui lagi 13/12 pada tahun hadapan..mungkin..InsyaAllah..Tetapi..untuk menemui 13/12/2012 untuk ke sekian kalinya..itu mustahil..sangat mustahil..kecuali dengan ada nya kuasa Allah SWT yang tiada tolok bandingnya..WallahuAllam..

Nak di jadikan cerita nya..hari ni aku ada janji dengan seseorang untuk berjumpa atas urusan kerja ..Iaitu nak baiki 'laptop' aku yang entah kenapa ada 'problem'.Kami melukis janji untuk ketemu di kk12 #UM ,pada jam 8.30pm..Dia dah banyak tolong aku dalam semua perkara, baik dari 'laptop' dan 'bisnes topup' yang masih berjalan hingga ke hari ini.. #Alhamdulillah ..Kami dah 'set' dan sangat 'confirm' sangat sangat dah..Tunggu masa nak jumpa sahaja..But then, tetiba pulak 'henset' aku ada bunyi 'beep' ..Menandakan ada mesej masuk #lol ..Daripada dia..dan bertulis :
                       
                     "nana,mlm ni xjd. ___ ade hal. minta maaf sesangat"

Dan aku dah bengang..tapi ku gagah kan jua jari jemari ini untuk menaip a.k.a membalas mesej dia bertulis :

                     " :) "

Itu sahaja..Malas nak coret panjang panjang..Macam tak nak bagi nampak aku nak sangat jumpa dia lah..Memang aku nak sangat jumpa dia sebab nak baiki 'laptop' je lah..Bukan ada niat lain..#hehhehe ..
Masalah nya, aku dah janji pulak dengan 'roomate' aku untuk teman kan aku jumpa dia malam ni kat kk12 sambil makan makan kat sana.. Tak kan aku nak mungkir janji pulak.. Kerana dia mulakan,aku kena sambungkan kemungkiran janji dia.. Tak nak lah ! Ok..get the idea.. #lalalala

Malam ni ada perlawanan bola piala AFF SUZUKI antara Malaysia melawan Thailand.. Dapat la cari alasan untuk ke kk12 bersama 'roomate' walau tanpa kehadiran dia.. Tak apa lah.. Janji , janji aku dengan "roomate' tak di mungkiri dan sambil sambil tengok bola.. Layan....



Sebenar nya..Ini lah cerita utama yang aku nak kongsikan bersama kalian semua..Macam ramai je yang baca blog ni.. #lalalala ...Bertepatan la dengan tajuk entri kali ini.. Sangat bertepatan dengan perlawanan bola sepak yang aku tonton tak kurang dari 2jam tadi.. Terasa bahang nya sampai ke sekarang.. Panas..
Yelah kan..kalau dah aku rakyat Malaysia..Mesti lah aku sokong Malaysia..Dah kau warga Thailand for sure lah korang sokong Thailand kan? Tak macam tu? #macamTuLah ..Walaupun Malaysia main sangat teruk..dan walaupun Thailand main sangat tak guna..kalian tetap sokong negara tumpah darah korang.. Macam tu jugak dengan aku.. Semangat berkobar kobar nak melihat Harimau Malaya menang bergaya menewas kan pasukan Thailand.. Siap pakai 'jersey' Malaysia lagi.. #KuningHitam ..Kalau menang, baru nampak bangga pakai 'jersey' Malaysia.. Siapa tak bangga sila angkat tangan? SAYA ANAK MALAYSIA.



Start je main..semua orang emosi..Menjerit sana sini memberi sorakan yakni semangat untuk negara tercinta Malaysia..Normal lah budak budak lelaki.. Terlebih emosi ..Yang perempuan pun ada jugak yang tak nak kalah.. Hak masing masing.. Selagi tak menganggu 'privacy' orang lain.. teruskanlah.. Sebenarnya seronok kalau tonton perlawanan bola ni secara berjemaah yakni ramai ramai.. Contoh nya di kedai mamak, kedai kopi, cafe mahupun di rumah bersama sama keluarga yang sangat ramai.. Berbanding tengok sorang sorang.. Aura nya terdapat kelainan.. Cubalah !

Berdebar?? Sangat berdebar sebab pelawanan ni adalah penentu pasukan mana yang akan bertemu dengan Singapura untuk perlawanan akhir piala AFF SUZUKI.. Dalam asyik kami bersorak , berteriakan.. Salah seorang daripada pemain Malaysia dilayang kan kad kuning ke dua.. Bermaksud kad merah dan di arah kan keluar padang.. Dan..Malaysia sekarang hanya ada 10 orang pemain dan Thailand berkelebihan 2 orang pemain..(12 orang)

Dipendek kan cerita nya lagi..Pung pang pung pang.. Thailand mendahului dengan 2-0 ..Agak agak la.. Apa reaksi penonton di kk12? Semua macam tenang.. Nampak macam dah boleh terima hakikat walaupun hakikat itu terasa sedikit kelat. Dari sisi pandangan profesioanal #nurhanaFarahyiah .. Corak permainan yang di lakarkan oleh pasukan Thailand pada malam ini sangat bagus dan sangat kukuh.. Sehingga kan pasukan Malaysia tidak bijak untuk membuat penghantaran bola dengan baik seperti kebiasaan nya.. Walau pun di bibir merelakan kekalahan pada 3minit terakhir, namun jauh di sudut hati penonton semua ingin kan keajaiban tercipta kan? Tepuk dada tanya lah selera.. Dan aku yakin.. Walau bibir tu mengomel kecil :

              Bibir : "Dah kalah dah malaysia ni..Tak boleh buat apa dah.. 3minit je lagi tinggal."

Namun tak siapa tahu di dalam sanubari setiap yang mengungkapkan kata kata di atas .. Tersimpan satu perasaan yang ingin berteriak :

             Sanubari : "Malaysia mesti menang.. Ada masa lagi ni.. Cepat la.. Cepat la"

Hahahhaha..kan? Well.. Tidak di nafi kan aku pun mengalami situasi di atas #serius ..Tak tipu.. Bibir kata 'ya' hati kata ' tidak' ..Memang macam tu lah adat pertandingan.. Menang @ Kalah.. Tak ada pertandingan yang semua menang dan semua kalah . #nonsense



Entri ni bukan lah untuk aku membuat kesimpualan tentang perlawanan tadi.. Siapa lah aku untuk berdiskusi berkenaan bolasepak yang jauh dari pengetahuan am aku ni.. Entri ini bukan lah juga untuk mempersoal kenapa Malaysia kalah dan kenapa Thailand menang bergaya malam ni. Entri ini jua bukan untuk menunding jari kepada pemain. pengadil, jurulatih ..Bukanlah untuk mencari salah siapa.. Entri ini hanya lah untuk berkongsi perasaan hiba yang menyelubungi seluruh jiwa dan raga aku saat ini..

Walau Malaysia kalah atau menang dalam apa jua pertandingan.. Aku sebagai rakyat Malaysia senantiasa ada di belakang untuk terus sentiasa menyokong Malaysia..Walau apa jua ..walau apa jua..walau apa jua..

Fyi : Chelsea FC menang bergaya ke atas monterrey..3-1 #pendampingTegarChelseaFC

http://www.youtube.com/watch?v=cMa8Sn79TYw


Akhir kalam.. Kegagalan bukan bermakna kita tidak pandai, Kejayaan bukan bermakna kita pandai. Kadang kadang Sang Pencipta ingin menduga umatNya supaya mengingatiNya walau apa jua situasi yakni sedih mahupun gembira, gagal mahupun berjaya, pandai mahupun tidak pandai.

Sesungguh nya yang baik itu datang nya dari Allah SWT, dan yang buruk itu datang dari aku sendiri.. Wallahuallam..









Wednesday 5 December 2012

~TUHAN SAHAJA YANG TAHU~

Hari ni..malam ni,aku sedih sangat sangat,,tak dapat di gambarkan dengan kata..sampaikan air mata aku pun tidak terkeluar..Entah lah kenapa..Aku tak cemburu pun tengok kalian bahagia..Aku tak kisah pun..Aku pasrah..Tapi jauh di sudut hati ini terasa amat terasing dan sangat terkilan..Tidak tahu kenapa? Ya..bibir memang pantas menafikan yang hakiki..Tapi qalbu tidak dapat menafikan yang benar..Hati aku cuba menidakkan qalbu tapi aku kalah dengan itu..Aku tetap tidak dapat mempasrahkan diri aku..Apabila aku bersama kawan kawan, aku seolah olah lupa akan jiwa dan hati yang telah cedera tanpa kesan luka .Hanya parut lama yang masih bebaki..Tetapi pabila aku sendiri merenung ke awan , aku seolah olah tersedar daripada lamunan bahawa aku adalah insan yang penuh keterlukaan..Yang penuh rasa kecewa..
Patut ke aku rasa kecewa atas kebahagiaan orang lain? Ya..bibir ku menidakkan pernyataan tersebut namun hati nurani tak siapa yang tahu..Hati mengapa kau masih berduka dengan semua ini..Kata hati tanya lah nurani..Nurani menjawab ; hanya orang yang benar benar redha sahaja yang akan menidakkan pernyataan tersebut..


Ya Allah ya tuhan ku..engkau pasrah kan lah jiwa ini Ya Allah..engkau singkirkan lah rasa iri hati ini Ya Allah..Engkau berikan lah kekuatan kepada insan kerdil ini untuk meneruskan kehidupan di alam fana ini ..Engkau pimpin kan lah aku ke jalan yang di redhai mu Ya Allah..Engkau permudahkan lah segala urusan dan ujian yang telah engkau tetap kan kepada hamba-Mu ini Ya Allah..Engkau kurniakan lah keredhaan buat hamba-Mu ini Ya Allah..Sesungguh nya engkau adalah Maha Pemberi..Aku menadah tangan memohon dari-Mu..Amin.

Friday 23 November 2012

~MOHD AMIERUL BIRAN KUTTY~

Salamesrabadi..

Entri ini khas untuk seseorang yang entah kenapa nak sangat aku menulis untuk blog..sumber ilham kata nya #choyy..nak sangat kan? Jadi ini khas untuk awak #bernama  ;

    Malam ini terasa begitu indah,
    Begitu indah dengan gurauan teman teman,
    Walaupun diri ini jauh di perantauan,
    Tetapi jiwa ini tidak pernah terasa kesunyian..
    Kerana di kelilingi oleh sahabat sahabat yang
    Sangat memahami dan selalu menghiburkan lara ini.

Pada kala hati ini merintih memerlukan belaian, jiwa ini memberontak ingin terbang,
sanubari ini berkocak mahu tersungkur..sahabat lah yang memimpin akhliah ini untuk berfikir secara waras. Tanpa mereka mungkin akal fikiran ini sudah terbang merdeka di angkasa maya. Ya.. benar, sahabat mengukirkan senyuman pada bibir ini.. sahabat yang memberi kuasa untuk diri ini terus melangkah.. sahabat jua yang mendorong raga ini untuk terus berlari dan berlari.. Diri ini terlalu agung kan sahabat sehingga kadang kala memamah tubuh ini.

      Penghujung malam ini terasa begitu sunyi,
      tanpa bunyi cengkerik, tanpa bunyi hilaian senda teman teman,
      yang ada hanya lah sendu yang semakin basah dalam tangisan,
      tertanya tanya jua diri ini ; kemana hilang nya teman yang anda puja selama ini?
      Diri ini tertunduk menahan hiba , menahan malu yang tidak tertangung
      Malu kerana ; kenapa lah diri ini terlalu daif untuk menilai nilai seorang sahabat?
      tertanya tanya jua diri ini ; bagaimana sahabat yang berupa sebutir berlian?
      tepuk dada tanya selera .


                           

By the way, tak semua insan yang di lahir kan di dunia ini mempunyai sifat yang kamil..Malahan tiada seorang pun.. kan? Manusia di atas muka bumi hanya lah para pelakon yang di utus untuk melakon kan pelbagai watak dan ragam.Pelbagai watak dan perbagai karekter !! Lumrah manusia..


Akhir kalam..sesungguh nya apa yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Perjalanan masa mematang kan saya sebagai salah seorang pelakon di muka bumi Allah SWT ini..Wallahuallam

Monday 5 November 2012

~JANJI JUJUR SEPI~

Salamesrabadi..


Lama menyepi bukan bermakna diri ini tidak wujud..
cuma sekadar melihat roda yang sedang berputar..
cuma sekadar mengikut alunan melodi kehidupan..
cuma sekadar menurut siulan rasa..
tiada pula hendak memberontak walau kadang kala rentak yang di main kan agak mengusik jiwa,

Berdiri di dunia yang sama dengan orang lain..
cuma berbeza akhliah..berbeza mentaliti..berbeza nuansa..
yang pasti satu matlamat hidup ; kearah positif..

Lama menyepi daripada dunia imaginasi dan dunia maya ini
bukan bermakna banyak ceritera..
kadang kala..bisu dan kaku itu lebih bermakna..
daripada meluahkan segala..

Senyum..

                       

Wednesday 28 March 2012

~MASIH KAH KAU INGAT~

"SAYANGI SEBUAH PERKENALAN KERANA DI SITU ADA KENANGAN.. KENANGI SEBUAH PERHUBUNGAN 

KERANA DISITU ADA KERINDUAN..


SAYANGI KEDUA-DUANYA KERANA ITU ANUGERAH DARI TUHAN..

TAK TERASA BILA IA PERGI, TAPI SAYU BILA IA TAK KEMBALI..


IA DATANG TANPA SERUAN, IA PERGI TANPA ALASAN..


JADI, ABADIKANLAH IA SEBELUM HILANG DARI PANDANGAN..


KENANGKANLAH MEMORI KITA SEBAGAI PENYEMBUH RINDU.. "







          


                                             
*NADIRA AZHAR

                                  

                                     *ATHIAH MOHAMED


                                     *NIK SAFIAH HANIS 



                                     *SITI AMELIA


                                     *NUR DANIA AZIRA



                                     *SHARIFAH NADIA NABILLA





                                   

PROGRAM ASASI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2011/2012.

Tuesday 20 March 2012

~KAMU~

dulu..
aku ada seorang kawan yang bernama Azam (bukan nama sebenar)..
kami berkenalan di mukabuku,
kami berkenalan apabila sama samabelajar di PASUM,
kami ibarat kawan rapat,
bila 'online' terus 'chat'
kalau tak chat dengan dia sehari rasa macam tak lengkap hidup ini..
kami berkawan saban hari..


Azam banyak menceritakan kisah hidupnya kepada aku..
kisah dukanya pada masa lampau..
aku mendengar ceritanya dengan sabar dan turut simpati
dan ada kalanya aku memberi kata kata semangat untuknya semampuku.
dulu selalu bergelak ketawa dengan nya...
dia sebenarnya seorang yang kelakar tapi sentiasa menyembunyikan nya..
kami berkawan agak akrab walaupun tidak pernah bertegur antara satu sama lain..

sampai lah suatu saat Azam menghilang..
menghilang buat sekian kalinya..
aku tetap menunggu seorang kawan aku yang bernama Azam..
bila dia akan muncul atau tidak akan..
sepanjang perkenalan kami kami tidak pernah berkongsi nombor telefon..
dia pergi tanpa memberi kata salam,tanpa meninggalkan kata sedang..
fikiran ku buntu sehinggalah aku hanya mampu menunggu..


lama...berbulan lama nya..
dan dia muncul jua..ya..Azam muncul tap bukan lah sebaga Azam yang aku kenal kelmarin..
dia telah banyak berubah..banyak..terlalu banyak..mungkin kehilangan 'dia' untuk mencari hakiki  yang hilang?
dan sesudah temui dia tidak memerlukan aku sebagai pendengarnya?
tidak mengapalah..berita kemunculan kamu sudah cukup untuk membuatkan aku gembira kerana
aku dapat pastikan yang kamu selamat selamat sahaja..
sihat,terlindung daripada-Nya dan baik baik saja..syukur..

tiada hak untuk aku memaksa kamu untuk menjadi persis semalam..
kamu sudah matang untuk memikirkan apa yang terbaik ..
melihat kamu tersenyum dari jauh ia sudah cukup membahagiakan hati ini..
mengetahui kamu sihat selalu sudah cukup untuk melegakan hati ini..
melihat kamu 'online' selalu sudah cukup umeyakinkan aku bahawa kamu masih lagi wujud..
walaupun antara kita tiada lagi ketawa..tiada lagi senda..


dulu kita bersahabat..tapi kini kita umpamanya tidak mengenali antara satu sama lain..
tiada sedikit pun dendam di hati ini terhadap kamu Azam..
bagi aku,persahabatan kita walaupun sebentar cuma ia sudah cukup untuk aku mengingati kamu sepanjang hidup ini.
tiada sengketa di hati ini..aku sebagai orang yang pernah menjalinkan persahabatan dengan kamu menghormati keputusan kamu walau apa apa pun.

coretan ini bukan lah untuk membuka pekung di dada sesiapa tetapi sekadar ingin berkongsi rasa dengan semua..
kisah seorang aku dan sahabat yang aku sangat hargai..
semua sahabat aku !
semua tidak kira siapa..termasuk
(azam)

~BILA DENGAN AWAK SAYA GEMBIRA~



saya rasa selesa dengan anda..
anda membuatkan saya tersenyum gembira..
saya akan merindui kamu..
seandainya kamu menghilang dari pandangan saya..

Monday 19 March 2012

~KEGAGALAN~




Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh


*GAGAL SEKALI BUKAN BERMAKNA GAGAL UNTUK SELAMA LAMANYA
*WALAUPUN TIDAK GAGAL TAPI IBARAT KAN ANDA GAGAL UNTUK BERUSAHA YANG LAGI TERBAIK.
*WALAU JATUH TERSUNGKUR UNTUK KALI KE-8,BANGUN LAH UNTUK KALI KE-9



~SEMALAM~



Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun 
Aku mampu tuk mengenangmu

Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati

Ooh...

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan 
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah


dulu..
mesti awak yang saya cari..
semua nya awak..
itu ini..
walau pun perkenalan kita hanya sebentar cuma tetapi awak terlalu istimewa..
sangat istimewa,awak memahami..
perkenalan kita tanggal 1 mac 2012..
macam tidak mengangka ini semua berlaku..

kita berkenalan tidak dirancang,,
berpisah juga tidak dirancang..
kita berkenalan dalam masa sesaat..
berpisah juga sesaat,,

seandainya saya tahu hal ini akan berlaku..
saya tidak akan berkawan dengan awak..
bukan menyesal mengenali awak..
tetapi saat berpisah dengan awak sangat sakit..
teramat sakit..tak sanggup rasanya..

kehilangan awak di sisi saya merupakan kehilangan yang sangat besar..
kehilangan yang tak mampu saya ganti dengan orang lain..
walaupun bersahabatan awak dengan saya baru tetapi ia sudah cukup untuk membuat kan saya jatuh cinta kepada awak..jatuh cinta untuk mempunyai kawan persis awak..
kawan yang sentiasa ada pada saat saya perlukan seseorang,.


awak ,,
saya nak awak tahu yang saya sangat sayang akan jalinan ini..
tidak mahu ia berakhir di sini saja..
saya sangat merindui awak..gelak tawa awak..senda canda awak..awak tahu tak?
persahabatan itu lebih bermakna daripada cinta...
saya selalu menunggukan awak..
menantikan awak..bilakah masa nya?
bilakah masa yang sesuai untuk awak berkawan semula dengan saya seperti kelmarin..
tapi bilakah masa nya?
atau saya hanya menunggu buah yang tak gugur..yaaa kan?


saya akan tungu awak tanpa jemu..
percaya lah walau seabad lamanya..
namamu senantiasa di sanubari ini..
persahabatan selamanya..(amin)

Wednesday 29 February 2012

~SUNYI~




Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari
Kau pergi
Pergi
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari
Kau pergi
Pergi
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari
Kau pergi
Pergi
Kau pergi
Pergi
Pergi


merindui mu tanpa kata walau perkenalan kita hanya sesaat cuma..
rindu kan seluruh jasad kamu..
rindu bukan bermaksud cinta..
hanya merindui mu sebagai sahabat..hanya sahabat..
jangan hanya kerana 'dia' kamu berubah..
berubah menjadi sahabat aku..

aku setia menanti saat kehadiran kamu..kehadiran sebagai seorang kamu yang aku dambakan..
datang la usah pergi..
jangan ucap kan 'selamat tinggal kawan ku'
jangan..

Wednesday 8 February 2012

~TETAP SAMA~

setelah sekian lama ..
pena ini tidak mencoretkan sebuah lembaran..
kini ia datang dengan sejuta rasa yang tidak mampu untuk di lakarkan ..
hanya hati kecil yang berhadapan dengan 'itu' yang memahami yang tersirat dan tersurat..
hanya "gadis kecil" itu yang memahami..
tiada sapa yang ingin memahami dia..
tiada...

satu
patut kah gadis kecil itu melupakan satu perkara yang tidak sepatutnya dia lupa?
patut kah?adakah dia sudah lupa?lupa pada dia yang terlalu iginkan ucapan dari gadis kecil itu
kejam kah gadis kecil itu???
yaaa..gadis kecil itu kejam..aku bagi pihak gadis kecil itu ingin meminta maaf kepada dia ...sesungguhnya gadis kecil  itu tiada niat untuk melupakan 'nya'
gadis kecil itu hanya manusia biasa yang terkadang khilaf dan pelupa..
yaa..manusia...manusia seperti gadis kecil itu selalu lupa!
tapi semenjak perkenalan aku dengan gadis kecil itu..
dia tidak lah seorang pelupa..
tetapi seorang yang mengingati..ingat kepada semua orang.
tambahan lagi dia..

ini adalah bait bait surat si gadis kecil untuk dia...


kehadapan awak yang senantiasa saya ingati..
tak terdetik di hati saya untuk melupakan perkara itu..
tidak sesekali di jiwa ini alpa..
awak..saya sayang awak..
tapi mungkin awak dan saya sudah tiada jodoh..
di antara kita terlalu jauh..
saya yang berusaha untuk mendekatkan jodoh itu..
saya berusaha seorang diri..tanpa mengira penat lelah..
bulan berganti bulan tahun bersilih ganti..
kita masih berhubung walau pun ada  kala nya terbit jua jurang di antara kita..
awak..saya rasa sudah tiba masa nya saya mengundur diri..
pepatah melayu ada mengatakan " perigi mencari timba"
saya lah tu..saya..
awak..pasal perkara tu,saya mintak maaf..
mungkin kesibukan saya di sini yang membuatkan saya lupa akan "pekara" itu..
saya minta maaf..
tambahan pula,,awak seolah olah ingin menjauh diri  awak dari saya..
seolah olah mahu pergi jauh tanpa di ganggu oleh saya..
seandainya awak senantiasa di sisi saya walaupun sebagai sahabat
insyaAllah akan saya ingati termasuklah "pekara" itu.
sampai di sini sahajalah tinta ini saya layangkan..
semoga awak bahagia selamanya..
maaf sekali lagi saya pinta..


yang benar gadis kecil
istimewa untuk irfan hairi..




renung renungkan...

Tuesday 17 January 2012

~JATUH CINTA LAGI~

Aku rasa saat ini..
sekali lagi aku telah jatuh cinta..
jatuh cinta lagi..
sekali lagi untuk ke sekian kalinya..


haruskah ku terus melayani perasaan..
meksipun ku tahu diri mu sudah berteman..
apakah akhirnya percintaan?
haaaaa...


Ahhhh..
mustahil la..jangan nak perasan boleh tak?
boleh.tapi nak perasan juga,,
tak mengharap pun..cuma..teruja?
boleh?


hmmm...
yaaaa...betul..mustahil..
yaaaa..betul..tak mungkin..
yaaa..betul..jauh..
yaaa..betul..kelakar..


sudah tahu lah..
terima kasih..


awak selamat malam..
mimpi indah..mimpi saya k?

Sunday 15 January 2012

~CINTA MELANKOLIA~



Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini
Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan
Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal
Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua iniMengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini
Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)
Walau ku pergi sayangku (usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal
Jangan biarkan ku menderita di sini
Jangan biarkan ku tersiksa di sini sayang
Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)
Walau ku pergi sayangku (jangan pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal
Aku menyintai dirimu sayang
Jangan biarkan aku sendiri di sini sayang
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Friday 13 January 2012

~SUATU PENGAKHIRAN~

malam...
ku tidur tak lena
teringatkan dirimu
terimbas kembali kenangan lalu

mengalir air mataku
menemani malam sepiku
ku rindu saat bersamamu
sukarnya ku untuk melupakanmu

dahulu engkau berikan cinta
mengapa kini engkau berubah
manakah janji akan setia menanti
jikalau engkau tak lagi cinta
katakan saja aku tak kisah
dari kau terus membuat ku menunggu 

tak ku duga
perpisahan yang akan melanda
dah ku cuba
pertahankan
namun dirimu pergi jua

cintamu bagaikan rembulan
yang hadir bila malam menjelang
kau hilang bila siang mendatang
begitulah sikap mu oh syg

kau lontar cintaku ditepian
ku bagaikan hanyut di lautan
yang lemas di dalam percintaan
dipukul gelombang keresahan

dahulu engkau berikan cinta
mengapa kini engkau berubah
manakah janji akan setia menanti

jikalau engkau tak lagi cinta
katakan saja aku tak kisah
dari kau terus membuat ku menunggu

semakin aku menafikan semakin kuat ia mengiyakan..
semakin ingin aku melupakan semakin aku merinduinya..
semakin aku menolaknya semakin ia datang menghampiri..
adakah ini cinta?

tidak..tidak..
ia bukan lah cinta..bukan..
aku tidak mahu..
dia tidak layak untuk  insan seperti aku..
aku tidak pantas untuknya..
dia jauh melebihi aku..
tapi bukan itu penghalangnya..
cuma tidak mahu..

katanya..cinta tetap menyakitkan walau ia adalah cinta sejati..
katanya..betul?entah..
sudah! aku tidak mahu dengar apa apa lagi..
cukup sampai di sini..
walau cinta itu sakit atau seronok..
tidak! tidak mungkin..
tidak mahu...
biar ia bernokhtah di sini..
sekarang..pergilah..sekarang..
aku sudah merelakan di kau pergi..
pergilah...

hanya lah sejarah jadi saksi..


Thursday 12 January 2012

~TIADA TAJUK~

dalam aku membuat keputusan..
aku kadang kala tertanya apakah aku ini tepat?
saat ini..berlegar legar di benak aku..
apakah aku layak di sini?
layak untuk bersama sama dengan dia dan dia..
tiada kata yang mampu terlafas 
tatkala terdetik jua di naluri ini..
seandainya aku bukan di takdirkan di sini?
aku hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan segala..
seandainya kita mahukan itu dan sudah terpatri ia nya bukan milik kita...
kita hanya mampu pasrah..kan?
tapi..kuat kah aku?pasrah kah aku?
aku betanya sendiri..

aku pernah terdengar juga yang kiranya..
Dia sudah tentukan ia bukan hak kita atau milik kita..
sudah pastinya Dia telah merancang sesuatu untuk kita yang selayak nya..
aku keliru..rasa seperti mahu ketentuan itu di tentukan sekarang..
tidak mahu menunggu lagi..
seolah olah tidak sabar untuk di adili..
adakah aku di sini atau bukan di sini..

tapi aku tahu ia tidak mungkin bagi seorang insan yang seperti aku ini..
dulu aku selalu berkata pada diri aku bahawa;
"usah putus asa kelak kau berjaya mencapai cita-cita"
aku suka dengan ungkapan semangat itu..
sungguh dalam takrifan nya..
tetapi sekarang?
setelah apa yang aku lalui..
aku merasakan sudah semakin putus asa..
putus asa untuk bermain dengan teka silang kata ini..
sudah jemu,sudah tepu..sudah bosan..

amnya..aku tahu putus asa itu tidak di sukai oleh ALLAH S.W.T..
aku sedar akan itu..
tapi..aku manusia yang alpa..yang khilaf..
aku mahukan secebis kekuatan dulu..
dimana aku berani..yakin diri,,
tidak mudah untuk berputus asa..
aku terlalu dambakan itu..

ya!
benarlah kata orang yang masa yang berlalu..
akan merubah seseorang..tepat!
begitu jua lah dengan aku..
itu aku..bukan kamu..
seorang yang gagah suatu ketika dulu..
du..lu..terlalu lama...
dan sekarang dek kerana masa yang berubah aku jua turut berubah..
dek hanya kerana masa..

kenapa buah belimbing?
sebab ia unik..unik sangat..
kalu di hiris...


ia macam bintang..
cantik..tapi rasanya?
ia tidak lah se sedap buah anggur..tetapi
ia sangat pelik dan unik..
terlalu unik..
indah nya kejadian tuhan..
buah belimbing bersegi segi..
melambang kan banyak impian yang dia nak capai dan
banyak pedoman dan prinsip hidupnya..
tapi dia tak tunjukkan pun..
kalau orang mengenali buah belimbing dengan sedalam dalamnya 
orang tu akan tahu macam mana sikap dan sifat belimbing..

buah belimbing..
belimbing tidaklah secantik buah nenas yang bemahkota di kepala..
ia hanya lah buah yang tidak mempunyai personaliti yang menarik jika dilihat 
di luaranya..
tidak......
tetapi..hanya kerana warna kuning nya yang menyerlah akan meneggelam kan buah manggis jika 
di letakkan bersama sama..
unik kan?

ada apa pada buah belimbing?
tepuk dada tanya selera...