Tuesday 4 June 2013

~kita harus begini atau begitu?~

Salamesrabadi..

Mungkin ini adalah cara yang paling tepat untuk kita. Walaupun ada kedukaan namun ini lah jalan penyelesaian yang terbaik untuk kita. Sungguh pun ada yang terluka tak mengapalah kerana yang terluka itu adalah aku. Aku sudah terbiasa. Sudah terlalu kebal. Walau seribu kali aku terluka masih tidak berdarah. Aku kuat. Aku harap kau pun begitu. Biarlah aku terluka daripada melihat orang lain terluka kerana kita. Mungkin ini juga lah yang kau inginkan..

Kadang-kadang berdiam diri itu lebih baik dari melawan kerana lawan lah menggunakan pedang aku tak akan menang. Kerana aku selalu tewas dalam kemelut ini. Sudah sukar untuk memupuk kepercayaan yang hakiki itu walau di palu bertalu-talu. Tetap aku yang berdosa.

Ini lah jalan pemisah yang di tunggu tunggu akhirnya tiba jua. Aku sebenarnya takut untuk menemui hari ini. Tapi aku gagahkan hati untuk menerima kebenaran ini. : antara kita memang tiada jalan bahagia.
Aku cuba pertahan. Tapi seolah olah ada seseorang yang cuba menolak kita untuk terus tidak bersama. Atau mungkin kah engkau?

Aku takut untuk mengakui perpisahan ini.. sangat takut..tapi ada kalanya betul juga kata mu yang antara kita tak akan ada bahagia .. sungguh pilu rasa di dada..sungguh pilu lagi tatkala di saat kita begini engkau masih lagi mencipta ketawa dengan orang lain. Wujudkah aku di hati mu? Ingat kah engkau kepada ku walau sesaat cuma?

Untuk apa lagi aku menjadi 'kawan' mu sekiranya di antara kita sudah tercipta jurang yang sangat dalam? Gembira kah aku dengan melihat mu gembiran dengan insan lain? Yang sudah terang terangan insan itu bukan lah aku? Sungguh aku bemimpi kan insan itu adalah aku? Ya..cuma mimpi.

Kini aku mulai sedar, mulai menerima hakikat.. Cinta itu tidak boleh dipaksa dan cinta itu sangat indah..Indah.. untuk kini..cinta kita hanya igauan..kan? Suatu ketika dahulu aku terbang terlalu tinggi membawa angan cinta kita..terlalu tinggi sehingga aku kepatahan sayap dan terkapai - kapai seorang diri dan kau tiada di sisi. Dalam mimpi ku, kau ada bersama membantu ku terbang. Namun dalam nyata kau bersama yang lain.

Cinta ini memang tidak perlu di teruskan lagi. Dan tiada istilah CINTA antara kita kerana tiada nama nya CINTA kalau ianya bertepuk sebelah tangan. Aku mula sedar. Mula membuka mata.. Sepahit apa pun ini, aku pasti bisa melawan kerana aku mesti bangkit dari mimpi indah yang aku ciptakan. Aku harus bangun dari lena. Harus menjalani hari hari yang mendatang tanpa deruan bisikan cintamu.

Walau payah akan ku gagah kan. Walau sakit akan ku ubati ia dengan segala macam penawar.

Buat engkau di sana..maaf kan diri ini kerana terlalu lama meminjam diri mu untuk menemani mimpi ku. Kini aku lepas kan diri mu dengan hati yang rela. Terus lah menikmati alam kehidupan ini dengan aman. Maaf kan diri ini juga kira nya diri ini telah terlalu banyak melakukan salah. Kesalahan diri ku di luar kemampuan ku. Kerana cinta menguasai seluruh jasad ku.. Kini aku bangun dari lena.

Terima kasih jua kepada diri mu kerana mengejutkan aku dari mimpi semalam. Kalau diri mu tidak mengejut ku, sudah pasti aku masih lagi di alam cinta fantasi ku sendiri.
Maaf kerana tidak mampu untuk mendoakan kebahagiaan mu kerana satu itu tidak mampu aku lakukan. Tetapi percaya lah, sekali kamu tersenyum..aku pasti tersenyum melihat mu tersenyum.

Perpisahan ini yang kita ciptakan. Seandainya Allah SWT menciptakan pertemuaan untuk kita di lain hari InsyaAllah aku menerima nya dengan hari yang terbuka. Dan sekiranya tiada lagi perkenalan antara kita selepas ini aku terima Kerana diri mu tetap hidup bersama helaan nafasku. Walaupun engkau tidak ku dakap, diri mu tetap subur di minda ku.

Apa yang pasti pelajaran mu lebih penting dari semua hal yang remeh seperti ini. As you wish dear..

Saat ini teringat sesuatu yang dah lama engkau ucapkan. Engkau pernah cakap yang kita ibarat KLCC. Aku bertanya kenapa KLCC? Engkau menjawab KLCC tu berkembar. Satu awak dan satu saya <3 tak akan berpisah..Tapi kenapa awak tipu? Awak yang pergi dari saya..

Lalalala..tu cerita dulu.. :) Sekarang saya kuat !! saya tak macam dulu. Sekarang saya dah okey. Tak touching2 dah..

Salam perpisahan..
                                              


*Saya tak pernah menyerah tapi awak yang tak pernah berjuang ~

#EntriIniPalsu #Pepari_Biru