Wednesday 27 February 2013

~Hari Hari Aku Rindu~

Salamesrabadi,

Excited je muka ni.. Cuba teka? hahaha.. 22hb Feb 2013 Department Pengurusan Harta tanah ada menganjurkan family day untuk kami di Muara Beach Resort di Kuantan.. Hmm memang la seronok sampai meronok ronok bak kata Zizan rajalawak.. Sebenarnya impian aku dan objektif aku ke sana ingat dapat la jumpa Zizan... Mane lah tahu dia bercuti kt sana.. hahaha.. tp may be Zizan tak kan bercuti ka sana kot.. tak akan.. tak akan.. ishhh2..

Hari pertama sampai ke sana, tak de la gempak sangat pun cuma boleh la dari tak ada kan? hahaha.. Yang best nye pantai je la..dan tak ada orang kat resort tu.. Macam resort yang dah di tinggalkan..tapi tak ada orang pun best jugak sebab bebas melakukan apa apa je.. Sehingga kan main gelongsor, main buaian, main jongkang jongket..macam macam kat taman permainan.. Walhal umur dah 20tahun.. Aku rasa kalau ada kanak kanak, kami akan berebut kot nak naik gelongsor..hahahahaha..



Sebenarnya macam macam yang dapat aku simpulkan dengan adanya family day ni.. Ikatan yang terjalin antara kami sangat kuat dan sangat erat.. Setiap minit yang kami habiskan di sana menitipkan memori yang sangat nostalgia.. Kami boleh di ibaratkan persis sebuah keluarga bahgia yang kekal bahgia sampai bila bila.. Tak ada masalah dan tak ada perkelahian antara kami..

 Buat kawan kawan yang aku cintai semua, terima kasih kerana menghadiahkan aku sebuah kenangan yang sangat berharga ini.. Walaupun esok kita tidak lagi berjumpa, aku redha.. aku pasrah, aku puas..kerana aku telah ada sekuntum kenangan yang sangat manis bersama kalian.. tetapi aku harapkan jalinan ini tetap utuh seutuh Taj Mahal yang senantiasa berdiri megah di sana.. Ku harap persahabatan kita lagi utuh daripada itu.


Kami semua sangat comel, sangat menawan, sangat epic, sangat energetik, sangat unik..dan kami suka senyum !!!!!! Kawan kawan umpama racun.. tetapi kawan kawan juga boleh jadi penawar di sebalik itu.. mengenali kalian adalah sesuatu yang sangat berharga..kerana dirimu begitu berharga..

Kami selalu bersama dalam susah mahupun senang.. Kena maki sama sama, buat jahat sama sama, buat baik sama sama, gelak sama sama.. Sungguh indah saat itu apabila setiap orang menghargai teman teman di sekeliling mereka.

Tapi.. adakah sejarah ini akan berulang kembali? adakah ikatan ini akan berterusan sampai syurga? Adakah kami mampu lagi bercanda bersama sama? Masih adakah senyum yang meniti di bibir? Takut untuk aku gambar kan tatkala apabila suatu saat nanti kawan kawan yang aku harapkan ada di sisi sudah tidak lagi berada di sisi aku untuk menyapu airmata aku..sungguh aku takut untuk menerima hakikat itu.


Insyallah..selamanya kami tetap bersama.


Selamanya aku sungguh mencintai mu wahai sahabat ku..


Kami melompat bersama memetik gumpalan awan.


Selamat tinggal kenangan..semoga masih ada sinar kenangan manis yang bakal terpahat di sanubari kami.

Friday 22 February 2013

~aku tak mampu~

  Salamesrabadi,

                                     

Ya Allah.. semakin cuba aku menafi perasaan rindu ini semakin rindu itu datang mencengkam..semakin aku cuba untun menjauh darinya semakin ia datang menghampiri..semakin aku cuba untuk menolak cinta ini semakin ia kuat menapak di hati ini..semakin aku tahan untuk tidak menangis semakin laju airmata ini..

Kepada siapa ingin ku adu segala kerinduan ini? Kepada siapa ingin ku lafas kan kerinduan ini? Kepada siapa ingin ku ungkapkan salam kerinduan ini? Kepada siapa? Sungguh aku buntu, sungguh aku hiba, sungguh aku terkilan..

Bagaimana harus aku padamkan nama mu di dalam akhliah ini sekiranya setiap saat kau sentiasa berada di minda aku? Hampir setiap perbuatan ku mengingat kan saat kita bersama.. Sungguh aku tidak mampu.. Sehari perkenalan kita sudah mampu untuk aku mengingati mu seumur hidupku..

Hati ini luluh seribu bahasa.. Tiada ungkapan..lidah kelu..langkah kaku.. Merindui mu adalah suatu kemestian setelah aku membuka mata setiap pagi.. Apa lagi mampu aku lakukan? Mencari pengganti? Ya.. tapi gembirakah aku? tersenyum ikhlas kah aku?

Kini, airmata adalah peneman setia..yang tak akan tinggal kan aku walau apa pun yang terjadi.. Airmata tak akan meninggalkan aku.. Sentiasa ada bersama aku walau aku gembira atau berduka.. Semoga berbahagia engkau di sana..aku merindui mu tanpa kata..

Saat ini ingin sekali aku berhubung dengan kau..tapi apa kan daya..kau bukan milikku lagi..tapi percayalah..rindu ini , sayang ini masih ada..masih kepada mu..

Thursday 21 February 2013

~mimpi sampai ke bintang~

Salamesrabadi,

Teka apa yang terjadi untuk semester ke dua di Fakulti Alam Bina, Kolej Kediaman ke Lima dan dalam hidup aku? Banyak benda yang kena selesaikan dan tersangkut dengan diri aku..sehinggakan aku hampir putus asa dengan lambakan projek kolej, kelas dan subjek yang berat, kehidupan persekitaran dan emosi diri yang sering berubah rubah. Aku pasti aku boleh kawal ini semua cuma perlu kan fokus dan perfikiran terbuka dan positif . InsyaAllah

Pertama; MALAM PENGHARGAAN DAYASARI FASA 1 (MPD)

Tersangat lah menguji tahap kesabaran seorang aku..Aku memegang jawatan sebagai Ajk Dvc Protokol dan Atucara Majlis. Ok..mula mula memang tenang rentak yang di main kan, namun lama kelamaan ia dah menunjukkan rentak pop rock ! #lol Tapi aku enjoy sebab kemahiran aku memang menjurus kearah pengurusan seperti ; menyediakan teks ucapan untuk pengetua kolej, pengarah projek, perasmi dan macam macam lagi lah. Memang boleh di katakan itu memang makanan aku.. #ahaxs

Tapi kejap kejap, yang bukan makanan aku adalah untuk menjadi EVENT MANAGER.. lidah kelu untuk bercakap..seumur hidup aku tak pernah ada pengalaman menguruskan majlis dari A sampai Z. Maljis formal pulak tu.. Apa nak jadi ni? Aku pun tak yakin dengan diri sendiri, kenapa kalian begitu yakin dengan aku? Apa lah yang akan jadi dengan Annual Dinner tu nanti.. Oppsss..hidup kena berfikiran positif, bak kata PEPARI_BIRU .. Aku berdoa lah biar Ehsan Mazlan yang jadi EVENT MANAGER ..lepas tu kalau nak aku jadi KETUA USHERER ke aku tak kisah.. InsyaAllah..

Kedua; CERITERA CINTA ADIRATNA'13 (CCA'13)

Ni lagi satu masalah.. Aku berada dalam Dvc Jemputan dan Publisiti sebagai AJK.. Jadi Ajk macam jadi ketua CC.. alahai.. Ni adalah di luar bidang kuasa aku sebagai aku.. Kira bidan terjun la ni.. Awak ingat saya pelajar Alam Bina saya boleh 'design' poster yang cantik cantik ke? Siap boleh 'mention' lagi.. "Ala..saya yakin pelajar Alam Bina boleh buat kan?" Apakah? Kenapakah? Siapakah? Aku pun nak lukis rumah banglo jadi reban ayam suruh aku 'design' poster.. Tambahan lagi guna komputer 'software' apa entah.. Aku?????? ZERO okay pasal komputer maaf.. Microsoft Word pun tak habis aku jelajah.. Nak suruh aku guna GMS , Photoshop entah apa apa? No way okay !!

Tapi tanggungjawab dah di beri dan aku dan terima tanggungjawab ini.. Jadi dengan seikhlas hati aku kena terima tugasan ini.. Starting from now aku kena berkawan rapat denga Photoshop.. Nasib baik lah kawan kawan ada.. Kami di Dvc ini akan memberi komitmen 100% untuk menjayakan program ini.. Dan aku akan berikan yang terbaik.. InsyaAllah.

Ketiga; Fakulti Alam Bina (FAB)

Berkenaan dengan pendaftaran jam kredit dan subjek .. Pening kepala aku ni.. Sorang cakap macam tu, sorang kata macam ni.. Sorang cakap lebih baik drop TITAS sebab bla bla bla. Sorang cakap kena ambik TITAS sebab bla bla bla.. Bak kata PEPARI_BIRU "rambut sama hitam, hati lain lain." Biasa lah manusia .. Sama macam aku, kau dan kau. Pendapat yang di utarakan sangat berbeza antara satu sama lain.

As result, aku tak drop TITAS, InsyaAllah aku akan tempuhi pahit ke manis ke subjek ini dan subjek subjek lain dengan tenang walau aku bukan seorang yang tenang sebenarnya.. Cepat gelabah..Itu lah aku.. Hah hah hah.

Fyi, Hari jumaat ni 22mac2013, Department Pengurusan Harta Tanah akan mengadakan hari keluarga yang bertempat di Muara Beach Resort, Kuantan Pahang. #enjoy

Ya Allah.. Berkati lah perjalanan kami semua.. Biar lah perjalanan kami selamat tiba dan selamat kembali ke destinasi yang kami ingin tuju. Engkau jauhkan lah kami semua daripada malapetaka yang bakal mendatang. Rahmatilah Hari Keluarga yang di anjurkan. Amin YaRabbal Alamin.

Wednesday 20 February 2013

~aku gembira~







AKU MEMANG TAK LAYAK UNTUK DI CINTAI TAPI IZINKAN AKU UNTUK MENCINTAI.

Monday 18 February 2013

~mendaki puncak tertinggi~

Salamesrabadi,

Ahli psikologi ada berkata "individu yang selalu ketawa walaupun pada benda bodoh, individu itu adalah orang yang paling sedih jauh di sudut hati nya." Pernyataan itu hampir tepat ! Tapi sesedih mana pun kita, sehiba mana pun kita, sekecewa mana pun kita, separah mana pun luka di hati kita, kehidupan harus di teruskan..harus di corakkan agar menjadi lebih baik..tangga tangga perjalanan harus di daki tanpa menoleh lagi ke belakang.. Ya ! saya mampu.. Aku mampu.. Mampu menelan setiap peristiwa pahit yang aku lalui semalam dan memulakan pagi esok aku dengan senyuman dan cenda tawa.. Mampukah aku? Aku mampu..

"Berfikiran positif adalah salah satu cara untuk kita menangani segala kemelut yang melanda.. Harus berani menerima kenyataan dan pasrah dalam apa jua yang terjadi.."

Bercakap memang senang.. tapi untuk melakukan itu tersangat lah sukar.. sukar, payah.. Andai mampu aku campak kan segala kedukaan semalam, sudah pasti akan aku campakan ia ke dasar laut yang tak mampu aku cari lagi.. Tapi sebaliknya.. Kenapa? Sebab kita mempunyai satu kotak memori yang tersangat ampuh untuk mengenang segala pahit getir yang kita lalui sepanjang hidup kita.. Kotak memori yang bisa merungkai misteri sebuah kenangan dalam sekelip mata.. Mampu menghafal setiap lafaz ucapan yang pahit mahupun manis..


                                 

Aku mampu melupakan apa yang pahit, akan ku cuba sedaya aku.. Akan aku cuba jauhi kenangan semalam.. Akan aku teruskan perjalanan ini seorang diri walau langkah ini mulai longlai,, Kerana aku percaya Allah SWT menguji aku kerana Dia tahu tahap kemampuan aku untuk mengharungi ujian-Nya :)

Thursday 7 February 2013

~kehancuran dalam paksa~

Salamesrabadi,

Saat yang saya takuti akhirnya muncul jua awak..saya kehilangan awak untuk selama lamaya..Percintaan yang saya jaga selama ini akhirnya gagal awak.. Sedih saya mengenang kan ini semua.. Apa salah saya? Adakah saya memang bervasib malang dalam bercinta? Saya tak akan berjaya dalam soal hati dan perasaan eh? Saya takut awak.. Takut nak menerima kenyataan yang memeritkan.. Saya ingat kan awak adalah cinta terakhir saya. Namun saya silap awak, saya silap..Dugaan apakah ini.. Jujur saya katakan saat ini saya mendoakan agar awak kembali dalam hidup saya seperti sediakala.. Saya minta maaf.


                                   

Meskipun saya mengakhiri perhubungan ini, tapi jauh di sudut hati saya, saya inginkan awak menghalang kepergian saya.. Awak..saya minta maaf. Saya sayang awak.. Walaupun saya tahu, cinta saya hanya lah bertepuk sebelah tangan saya tetap menunggu awak.. Tetapi, ia nya hanya sia sia.. Awak lansung tidak menoleh ke belakang..awak seakan akan gembira dengan keputusan saya tinggal kan awak.. kan? Setiap saat saya menunggu mesej dan pangilan dari awak..tapi tiada..sihat kan awak? dah makan? keluar malam tak?

                               
Bahagia kah awak tanpa saya? selesa kah awak tanpa saya? Saya menunggu awak.. Saya akan terus menunggu awak selagi tiada lelaki yang mampu mengetuk hati saya.. Ku menunggu mu.. Mohd Hamizan b Abd Latif ;
saya menerima perpisahan ini dengan kerelaan tapi ada secalit pengharapan untuk sebuah perhubungan agar kembali terjalin..