Friday, 1 March 2013

~sepi melamar kerinduan~

Salamesrabadi.,

Apabila kata sepakat dah di setujui timbul pula tiada komitmen dan tiada nya sifat bertolak ansur antara satu sama lain.. Jadi apa yang jadi? Aku bukan sempurna, Aku bukan lah menganggap aku sahaja yang terbaik, Aku bukanlah tidak boleh menerima pendapat orang lain. Walaupun orang melihat aku sebagai seorang yang complicated tapi aku bukan lah seperti itu.. Ya..mungkin aku sedikit berfikiran songsang dan memikirkan sesuatu yang payah walhal benda tu sangat senang. Aku ikut perangai ayah aku.. Ayah aku seorang yang sangat susah orang nak faham dia.. macam aku.. Tapi aku sangat mudah nak berurusan dengan orang lain..percaya lah..walaupun aku tak sepurna tapi aku menginginkan kesempurnaan dalam apa jua yang aku rancang..




Sebagai contoh aku ambik dan dapat gambar kan apabila aku terpaksa berurusan dengan sebuah kumpulan kawan kawan yang sangat akrab ..bergelak ketawa bersama dan kami boleh di ibaratkan seperti keluarga. sangat rapat !. Kami merancang sesuatu projek yang memerlukan tolak ansur dan kerjasama.. dan semua aspek tu tiada.. Aku selalu ingin kan kesempurnaan dalam mengendalikan apa apa projek ataupun apa apa je. Terasa sangat hampa apabila kawan kawan yang sangat akrab satu ketika dahulu seakan akan tidak mahu berkerjasama dengan aku..

Ini hanya lah contoh.. dan lansung tiada kena mengena antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan.. begitu juga aku. Aku tidak lansung menganggap aku selalu betul dan tidak pula menyalahkan orang di sekeliling aku atas apa yang berlaku. Mungkin mereka juga mengingin kan yang terbaik sama macam aku.. Tapi jauh di sudut aku sangat terkilan seandainya contoh di atas terjadi kepada aku.. Mujurlah kawan kawan aku semuanya baik baik belaka.. :)


No comments:

Post a Comment