Teknologi berkembang selari dengan edaran masa yang semakin pantas.. seakan akan mengejar kita..kita manusia hanya berlari dan mengikut rentak permainan teknologi semasa sehingga membuat kan kita berjeda dan terlupa akan di mana bumi kita berpijak..
Alat alatan teknologi yang canggih canggih wujud bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan..terlalu banyak..sehingga lambakan yang tidak terlihat oleh mata kita sebagai manusia.. sehingga kita hilang kawalan seterusnya membiarkan nafsu yang mengawal diri kita..
Alat alatan teknologi ini jika di lihat dari perspektif posifif ia terlalu banyak. memudahkan kerja kita seharian.. Melengkap kan kekurangan kerja kita.. Menyempurnakan kehidupan seharian.. Dan mendapat maklumat yang tidak terbatas.. Semua di hujung jari anda..
Tetapi bukan itu yang ingin aku coretkan..
Aku ingin menekan kan dari aspek kualiti hidup yang sudah tidak di ambil berat oleh segelintir individu bahana alatan canggih..
Cuba kalian pejam mata kalian sejenak..rata rata manusia yang berjalan, melepak di kedai kopi, menunggu bas, berjumpa kawan kawan lama..semua nya memegang gajet pintar yang canggih..sudah tidak menghirau kan orang sekeliling.. Mengapa hal ini berlaku? Pernah terjadi dalam diri aku juga.. Keluar bersama teman teman tetapi bukan cerita yang di bual kan tetapi masing masing sibuk dengan gajet masing masing yang boleh access macam macam.. sehingga terlupa akan tujuan asal keluar 'enjoy'..
Masa yang di luang kan tidak lah di manfaat kan sebaik mungkin.. Tidak ada lagi rasa untuk mencipta kenangan baru antara teman teman.. Yang ada hanya lah tunduk menghadap gajet masing masing.. Aku keliru.. adakah ini yang mereka ingin kan atau ingin keluar bersama sama meluang masa?
Jika dulu sebelum muncul nya gajet gajet yang canggih semua teman teman lepak di kedai mamak menbicarakan hal hal yang kosong.. Walaupun hal hal yang kosong ia mampu menciptakan kenangan dan mampu membuat kan korang tergelak..tetapi berbeza dengan sekarang.. sangat berbeza.. Adakah aku yang kuno atau meraka yang tidak tahu menghargai masa bersama?
Kalau setakat nak membelek gajet anda tidak usahlah mengajak teman teman berkumpul.. Aku ingin berkongsi masa zaman aku sekolah dulu..kami tidak di dedah kan dengan gajet gajet yang canggih walaupun masa itu dah muncul gajet gajet ni semua.. biasa lah sekolah kampung.. kami berkumpul 100% berbual perihal masing masing.. Cerita peristiwa yang lucu, peristiwa ngeri, cerita tentang perasaan.. sehingga kan kami terbahak bahak ketawa.. Sehingga kini aku masih teringat kenangan apabila berkumpul bersama.. Kesimpulannya, kami memanfaatkan masa selama 1 jam itu dengan penuh kenangan dan kenangan itu wujud sampai bila bila..
Tapi sekarang? Teman teman sekadar datang duduk 'order' teh ais satu dan tunduk mengadap gajet? dan selama 1 jam hanya 3 ayat sahaja yang terpacul dari bibir kami.. dan sepatah di tanya sepatah di jawab kadang kadang yang lagi dahsyat terus tak jawab.. dan 1 minit kemudian 'eh apa kau tanya tadi?' Macam ni ke kualiti masa yang kita ingin kan? Aku tak nak !
Tidak salah memliliki gajet yang canggih tapi seharusnya kualiti masa itu sangat penting.. Seandainya nanti masalah datang menimpa bertubi tubi adakah gajet itu akan menolong kalian? Adakah gajet tersebut akan menyelesaikan masalah yang melibat kan soal hati dan perasaan? Jika jawapan anda ya..buktikan dan sekiranya jawapan itu terbukti syabas aku ucapkan !
Fikir fikirkan lah jangan sampai terlalu taksub.. Renungkan renung kan dan seandainya coretan ini totaly salah just abaikan... Cuma ingin tergaskan guna lah masa dengan bijak.. Guna kan masa dengan berhemah.. Masa itu Emas ~