Friday 23 November 2012

~MOHD AMIERUL BIRAN KUTTY~

Salamesrabadi..

Entri ini khas untuk seseorang yang entah kenapa nak sangat aku menulis untuk blog..sumber ilham kata nya #choyy..nak sangat kan? Jadi ini khas untuk awak #bernama  ;

    Malam ini terasa begitu indah,
    Begitu indah dengan gurauan teman teman,
    Walaupun diri ini jauh di perantauan,
    Tetapi jiwa ini tidak pernah terasa kesunyian..
    Kerana di kelilingi oleh sahabat sahabat yang
    Sangat memahami dan selalu menghiburkan lara ini.

Pada kala hati ini merintih memerlukan belaian, jiwa ini memberontak ingin terbang,
sanubari ini berkocak mahu tersungkur..sahabat lah yang memimpin akhliah ini untuk berfikir secara waras. Tanpa mereka mungkin akal fikiran ini sudah terbang merdeka di angkasa maya. Ya.. benar, sahabat mengukirkan senyuman pada bibir ini.. sahabat yang memberi kuasa untuk diri ini terus melangkah.. sahabat jua yang mendorong raga ini untuk terus berlari dan berlari.. Diri ini terlalu agung kan sahabat sehingga kadang kala memamah tubuh ini.

      Penghujung malam ini terasa begitu sunyi,
      tanpa bunyi cengkerik, tanpa bunyi hilaian senda teman teman,
      yang ada hanya lah sendu yang semakin basah dalam tangisan,
      tertanya tanya jua diri ini ; kemana hilang nya teman yang anda puja selama ini?
      Diri ini tertunduk menahan hiba , menahan malu yang tidak tertangung
      Malu kerana ; kenapa lah diri ini terlalu daif untuk menilai nilai seorang sahabat?
      tertanya tanya jua diri ini ; bagaimana sahabat yang berupa sebutir berlian?
      tepuk dada tanya selera .


                           

By the way, tak semua insan yang di lahir kan di dunia ini mempunyai sifat yang kamil..Malahan tiada seorang pun.. kan? Manusia di atas muka bumi hanya lah para pelakon yang di utus untuk melakon kan pelbagai watak dan ragam.Pelbagai watak dan perbagai karekter !! Lumrah manusia..


Akhir kalam..sesungguh nya apa yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Perjalanan masa mematang kan saya sebagai salah seorang pelakon di muka bumi Allah SWT ini..Wallahuallam

Monday 5 November 2012

~JANJI JUJUR SEPI~

Salamesrabadi..


Lama menyepi bukan bermakna diri ini tidak wujud..
cuma sekadar melihat roda yang sedang berputar..
cuma sekadar mengikut alunan melodi kehidupan..
cuma sekadar menurut siulan rasa..
tiada pula hendak memberontak walau kadang kala rentak yang di main kan agak mengusik jiwa,

Berdiri di dunia yang sama dengan orang lain..
cuma berbeza akhliah..berbeza mentaliti..berbeza nuansa..
yang pasti satu matlamat hidup ; kearah positif..

Lama menyepi daripada dunia imaginasi dan dunia maya ini
bukan bermakna banyak ceritera..
kadang kala..bisu dan kaku itu lebih bermakna..
daripada meluahkan segala..

Senyum..