Saturday 23 November 2013

~ dia ~

Salamesrabadi..

 Anas..kau faham bahasa tak aku sayang kau... kau pekak ke apa? ke buta? ke tak ada perasaan? ke tak normal? Kawan tu kena paham makna kawan..bukan paham makna berseronok dengan kawan. kawan tu ada pahit manis dalam berkawan. Sekali tertelan hempedu dan sejuta kali kau telan madu. Takkan kau dah nak lupakan saat kau terasa manis nya madu tu? Please..buka hati, buka minda.. Menyayangi kalian adalah perkara wajib bagiku setiap kali aku bangun tidur. Ini fakta bukan auta.. Ini hakikat bukan ilusi.. 

Aku tak suruh pun kau pujuk aku.. Aku sape nak suruh kau pujuk..bukan makwe kau pun..aku tahu la... cuma mungkin k.a.w.a.n tu kau tak tahu lagi apa takrifannya. Hmmm..mungkin ambil masa kot untuk kau dalami maksudnya.. 
Tapi aku tak paksa kau untuk belajar apa makna kawan sebab aku pun bukan bagus sangat kau cakap kan? So sape aku... nevermind..

Kalau jalan terakhir nya adalah perpisahan.. Ya aku terima..aku kuat kottt...hmmm :')

                                             ikhlas:
                                   Nurhana Farahyiah Roslan
                                     Ahli Jawatankuasa                                             Persatuan KawanSampaiSyurga

~ jodoh itu milik kita ~

Salamesrabadi..


Jodoh itu milik kita? Andai kata jodoh itu milik kita, pasti aku lah wanita yang paling gembira di dunia ini. Andai kata jodoh itu milik kita, pasti aku lah wanita yang tak pernah lekang dengan senyuman kerana di sisi ku hanya kamu yang bertahta. Sekali diri ini menyerahkan hati untuk kamu, selamanya akan aku menyayangi mu walau engkau enggan memberi ruang untuk aku terus menyayangi mu.. Sekali diri ini mengatakan sayang, tak begitu mudah untuk aku melupakan lafaz kata itu. Untuk kesekian kalinya, pintu hati ini ku buka untuk kamu, mendambakan kasih-sayang yang tulus ikhlas dari insan yang bernama Sufian.

Aku mengharapan harapan yang tinggi untuk setiap jalinan yang terjalin.. sehingga mungkin jauh di awangan..yang hanya aku seorang yang mampu melihat angan ku. Tapi yang pasti, ku ingin diri mu selalu dengan ku. Entah mengapa, ku merasakan jalinan ini terlalu dekat dan terlalu utuh biarpun perkenalan kita seminit cuma.. Adakah aku yang bermimpi di siang hari atau adakah ia adalah satu ujian yang seterusnya untuk aku? Seandainya aku bermimpi, tolong kejutkan saya awak. Dan seandainya ini adalah ujian, aku terima ketentuan yang telah di tetapkan. Tiada siapa mampu menghalang kuasa-Nya.


Aku selalu memberi tapi jarang menerima dan aku selalu menerima jarang sekali untuk memberi. Ya... walaupun sama dan adil tapi itu adalah lumrah kehidupan. Walaupun kita mengharapkan orang yang kita sayang untuk berada  dekat dengan kita, kadang - kadang dia tercipta untuk orang lain. Dan apabila kita tak mengarapkan dia untuk berada di sisi kita, dia selalu ada untuk kita. Kita tak pernah mendapat apa yang kita inginkan. Mungkin Dia masih menguji kita dan aku terima. Insyallah dengan senyuman.

Untuk awak, perasaan cinta yang sejati sukar di cari.. Apatah lagi cinta yang ikhlas. Mungkin ada tapi satu dalam sejuta. Ia sudah ada di depan mata tapi kenapa masih buta untuk menilai cinta ini? Awak, cinta itu perlu di tunjuk dan perlu di sulami dengan kasih sayang agar cinta itu tetap harum subur di hati. Awak, saya rindu awak yang dulu #sengal . Awak dengar tak? Mungkin awak sukar nak percaya yang seminit perkenalan akan wujud nya perasaan kasih yang begitu mendalam tapi itu yang saya rasa kan kini.

Awak..sekiranya saya salah untuk mencintai awak..tolong betulkan saya. Sekiranya saya bertepuk sebelah tangan..tolong sedarkan saya.. Saya tabah..saya tak akan menangis.. saya hanya menangis dalam mimpi dan tak akan menangis di alam realiti :)

Wednesday 13 November 2013

~kawan sampai mati~

Salamesrabadi..

Diam adalah penawar kepada pergaduhan. Diam adalah perkara terbaik dalam apa jua masalah tapi sampai bila mahu diam? Selama ini aku tak pernah diam dalam apa jua masalah. Mesti mencari akal dan kata-kata untuk menegakkan keadilan. Selama ini aku bersaing untuk menang dalam apa jua pertempuran. Penat? Aku tak penat sebab aku berjuang untuk suatu keadila, suatu kebenaran dan demi maruah. Tapi itu dulu..
KINI....

Sudah tiba masanya untuk aku berdiam diri untuk kesekian kalinya, dulu aku gagah tidak mengenal erti penat tapi kini aku ingin berehat daripada terus bertelagah dengan manusia manusia yang mempunyai pelbagai ragam dan perangai. Mungkin suatu masa aku betul dan mungkin suatu saan mereka betul dan sebaliknya.. Kini sudah tiada guna nya siapa betul siapa salah, aku tetap dengan pendirian aku yang diam is better than everything dan insyaAllah akan ku laksana kan.

Sudah penat diri ini dengan tomahan, kata cacian, umpatan tapi ku kebalkan diri dengan MELAWAN semampuku. Kini aku sudah menjangkau usia yang sudah agak tua untuk melawan anasir anasir seperti itu. Malas untuk aku melayan kerenah mereka mereka yang masih belum bijak menilai mana intan yang mana permata.. Mana kaca mana berlian.

Benar kata pujangga yang "walaupun kita berbuat sejuta kebaikan tak mungkin orang akan mengingati kita tetapi sekali kita berbuat kejahatan sejuta tahun pun orang akan mengingati kita" Itu lumrah duniawi. Walaupun sedikit kecewa dengan pernyataan tersebut namun ia adalah realiti dan kita sebagai manusia tidak mungkin akan dapat menghalang nya.

KAWAN hanya satu ungkapan di bibir dan sesiapa sahaja berhak dan tahu menyebut nya. Terlalu mudah ! MUDAH !! Sehingga kan ia di ambil mudah oleh segelintir manusia!