Friday 14 December 2012

~KEKECEWAAN DALAM SENDU~

SALAMESRABADI..

Hari ini adalah kenangan untuk hari esok..hari esok adalah penantian untuk menempuhinya..
Ingin berkongsi rasa dengan anda semua ..rasa yang aku rasa pada hari ini..13/12/2012..Kita mungkin akan menemui lagi 13/12 pada tahun hadapan..mungkin..InsyaAllah..Tetapi..untuk menemui 13/12/2012 untuk ke sekian kalinya..itu mustahil..sangat mustahil..kecuali dengan ada nya kuasa Allah SWT yang tiada tolok bandingnya..WallahuAllam..

Nak di jadikan cerita nya..hari ni aku ada janji dengan seseorang untuk berjumpa atas urusan kerja ..Iaitu nak baiki 'laptop' aku yang entah kenapa ada 'problem'.Kami melukis janji untuk ketemu di kk12 #UM ,pada jam 8.30pm..Dia dah banyak tolong aku dalam semua perkara, baik dari 'laptop' dan 'bisnes topup' yang masih berjalan hingga ke hari ini.. #Alhamdulillah ..Kami dah 'set' dan sangat 'confirm' sangat sangat dah..Tunggu masa nak jumpa sahaja..But then, tetiba pulak 'henset' aku ada bunyi 'beep' ..Menandakan ada mesej masuk #lol ..Daripada dia..dan bertulis :
                       
                     "nana,mlm ni xjd. ___ ade hal. minta maaf sesangat"

Dan aku dah bengang..tapi ku gagah kan jua jari jemari ini untuk menaip a.k.a membalas mesej dia bertulis :

                     " :) "

Itu sahaja..Malas nak coret panjang panjang..Macam tak nak bagi nampak aku nak sangat jumpa dia lah..Memang aku nak sangat jumpa dia sebab nak baiki 'laptop' je lah..Bukan ada niat lain..#hehhehe ..
Masalah nya, aku dah janji pulak dengan 'roomate' aku untuk teman kan aku jumpa dia malam ni kat kk12 sambil makan makan kat sana.. Tak kan aku nak mungkir janji pulak.. Kerana dia mulakan,aku kena sambungkan kemungkiran janji dia.. Tak nak lah ! Ok..get the idea.. #lalalala

Malam ni ada perlawanan bola piala AFF SUZUKI antara Malaysia melawan Thailand.. Dapat la cari alasan untuk ke kk12 bersama 'roomate' walau tanpa kehadiran dia.. Tak apa lah.. Janji , janji aku dengan "roomate' tak di mungkiri dan sambil sambil tengok bola.. Layan....



Sebenar nya..Ini lah cerita utama yang aku nak kongsikan bersama kalian semua..Macam ramai je yang baca blog ni.. #lalalala ...Bertepatan la dengan tajuk entri kali ini.. Sangat bertepatan dengan perlawanan bola sepak yang aku tonton tak kurang dari 2jam tadi.. Terasa bahang nya sampai ke sekarang.. Panas..
Yelah kan..kalau dah aku rakyat Malaysia..Mesti lah aku sokong Malaysia..Dah kau warga Thailand for sure lah korang sokong Thailand kan? Tak macam tu? #macamTuLah ..Walaupun Malaysia main sangat teruk..dan walaupun Thailand main sangat tak guna..kalian tetap sokong negara tumpah darah korang.. Macam tu jugak dengan aku.. Semangat berkobar kobar nak melihat Harimau Malaya menang bergaya menewas kan pasukan Thailand.. Siap pakai 'jersey' Malaysia lagi.. #KuningHitam ..Kalau menang, baru nampak bangga pakai 'jersey' Malaysia.. Siapa tak bangga sila angkat tangan? SAYA ANAK MALAYSIA.



Start je main..semua orang emosi..Menjerit sana sini memberi sorakan yakni semangat untuk negara tercinta Malaysia..Normal lah budak budak lelaki.. Terlebih emosi ..Yang perempuan pun ada jugak yang tak nak kalah.. Hak masing masing.. Selagi tak menganggu 'privacy' orang lain.. teruskanlah.. Sebenarnya seronok kalau tonton perlawanan bola ni secara berjemaah yakni ramai ramai.. Contoh nya di kedai mamak, kedai kopi, cafe mahupun di rumah bersama sama keluarga yang sangat ramai.. Berbanding tengok sorang sorang.. Aura nya terdapat kelainan.. Cubalah !

Berdebar?? Sangat berdebar sebab pelawanan ni adalah penentu pasukan mana yang akan bertemu dengan Singapura untuk perlawanan akhir piala AFF SUZUKI.. Dalam asyik kami bersorak , berteriakan.. Salah seorang daripada pemain Malaysia dilayang kan kad kuning ke dua.. Bermaksud kad merah dan di arah kan keluar padang.. Dan..Malaysia sekarang hanya ada 10 orang pemain dan Thailand berkelebihan 2 orang pemain..(12 orang)

Dipendek kan cerita nya lagi..Pung pang pung pang.. Thailand mendahului dengan 2-0 ..Agak agak la.. Apa reaksi penonton di kk12? Semua macam tenang.. Nampak macam dah boleh terima hakikat walaupun hakikat itu terasa sedikit kelat. Dari sisi pandangan profesioanal #nurhanaFarahyiah .. Corak permainan yang di lakarkan oleh pasukan Thailand pada malam ini sangat bagus dan sangat kukuh.. Sehingga kan pasukan Malaysia tidak bijak untuk membuat penghantaran bola dengan baik seperti kebiasaan nya.. Walau pun di bibir merelakan kekalahan pada 3minit terakhir, namun jauh di sudut hati penonton semua ingin kan keajaiban tercipta kan? Tepuk dada tanya lah selera.. Dan aku yakin.. Walau bibir tu mengomel kecil :

              Bibir : "Dah kalah dah malaysia ni..Tak boleh buat apa dah.. 3minit je lagi tinggal."

Namun tak siapa tahu di dalam sanubari setiap yang mengungkapkan kata kata di atas .. Tersimpan satu perasaan yang ingin berteriak :

             Sanubari : "Malaysia mesti menang.. Ada masa lagi ni.. Cepat la.. Cepat la"

Hahahhaha..kan? Well.. Tidak di nafi kan aku pun mengalami situasi di atas #serius ..Tak tipu.. Bibir kata 'ya' hati kata ' tidak' ..Memang macam tu lah adat pertandingan.. Menang @ Kalah.. Tak ada pertandingan yang semua menang dan semua kalah . #nonsense



Entri ni bukan lah untuk aku membuat kesimpualan tentang perlawanan tadi.. Siapa lah aku untuk berdiskusi berkenaan bolasepak yang jauh dari pengetahuan am aku ni.. Entri ini bukan lah juga untuk mempersoal kenapa Malaysia kalah dan kenapa Thailand menang bergaya malam ni. Entri ini jua bukan untuk menunding jari kepada pemain. pengadil, jurulatih ..Bukanlah untuk mencari salah siapa.. Entri ini hanya lah untuk berkongsi perasaan hiba yang menyelubungi seluruh jiwa dan raga aku saat ini..

Walau Malaysia kalah atau menang dalam apa jua pertandingan.. Aku sebagai rakyat Malaysia senantiasa ada di belakang untuk terus sentiasa menyokong Malaysia..Walau apa jua ..walau apa jua..walau apa jua..

Fyi : Chelsea FC menang bergaya ke atas monterrey..3-1 #pendampingTegarChelseaFC

http://www.youtube.com/watch?v=cMa8Sn79TYw


Akhir kalam.. Kegagalan bukan bermakna kita tidak pandai, Kejayaan bukan bermakna kita pandai. Kadang kadang Sang Pencipta ingin menduga umatNya supaya mengingatiNya walau apa jua situasi yakni sedih mahupun gembira, gagal mahupun berjaya, pandai mahupun tidak pandai.

Sesungguh nya yang baik itu datang nya dari Allah SWT, dan yang buruk itu datang dari aku sendiri.. Wallahuallam..









Wednesday 5 December 2012

~TUHAN SAHAJA YANG TAHU~

Hari ni..malam ni,aku sedih sangat sangat,,tak dapat di gambarkan dengan kata..sampaikan air mata aku pun tidak terkeluar..Entah lah kenapa..Aku tak cemburu pun tengok kalian bahagia..Aku tak kisah pun..Aku pasrah..Tapi jauh di sudut hati ini terasa amat terasing dan sangat terkilan..Tidak tahu kenapa? Ya..bibir memang pantas menafikan yang hakiki..Tapi qalbu tidak dapat menafikan yang benar..Hati aku cuba menidakkan qalbu tapi aku kalah dengan itu..Aku tetap tidak dapat mempasrahkan diri aku..Apabila aku bersama kawan kawan, aku seolah olah lupa akan jiwa dan hati yang telah cedera tanpa kesan luka .Hanya parut lama yang masih bebaki..Tetapi pabila aku sendiri merenung ke awan , aku seolah olah tersedar daripada lamunan bahawa aku adalah insan yang penuh keterlukaan..Yang penuh rasa kecewa..
Patut ke aku rasa kecewa atas kebahagiaan orang lain? Ya..bibir ku menidakkan pernyataan tersebut namun hati nurani tak siapa yang tahu..Hati mengapa kau masih berduka dengan semua ini..Kata hati tanya lah nurani..Nurani menjawab ; hanya orang yang benar benar redha sahaja yang akan menidakkan pernyataan tersebut..


Ya Allah ya tuhan ku..engkau pasrah kan lah jiwa ini Ya Allah..engkau singkirkan lah rasa iri hati ini Ya Allah..Engkau berikan lah kekuatan kepada insan kerdil ini untuk meneruskan kehidupan di alam fana ini ..Engkau pimpin kan lah aku ke jalan yang di redhai mu Ya Allah..Engkau permudahkan lah segala urusan dan ujian yang telah engkau tetap kan kepada hamba-Mu ini Ya Allah..Engkau kurniakan lah keredhaan buat hamba-Mu ini Ya Allah..Sesungguh nya engkau adalah Maha Pemberi..Aku menadah tangan memohon dari-Mu..Amin.