Wednesday 13 November 2013

~kawan sampai mati~

Salamesrabadi..

Diam adalah penawar kepada pergaduhan. Diam adalah perkara terbaik dalam apa jua masalah tapi sampai bila mahu diam? Selama ini aku tak pernah diam dalam apa jua masalah. Mesti mencari akal dan kata-kata untuk menegakkan keadilan. Selama ini aku bersaing untuk menang dalam apa jua pertempuran. Penat? Aku tak penat sebab aku berjuang untuk suatu keadila, suatu kebenaran dan demi maruah. Tapi itu dulu..
KINI....

Sudah tiba masanya untuk aku berdiam diri untuk kesekian kalinya, dulu aku gagah tidak mengenal erti penat tapi kini aku ingin berehat daripada terus bertelagah dengan manusia manusia yang mempunyai pelbagai ragam dan perangai. Mungkin suatu masa aku betul dan mungkin suatu saan mereka betul dan sebaliknya.. Kini sudah tiada guna nya siapa betul siapa salah, aku tetap dengan pendirian aku yang diam is better than everything dan insyaAllah akan ku laksana kan.

Sudah penat diri ini dengan tomahan, kata cacian, umpatan tapi ku kebalkan diri dengan MELAWAN semampuku. Kini aku sudah menjangkau usia yang sudah agak tua untuk melawan anasir anasir seperti itu. Malas untuk aku melayan kerenah mereka mereka yang masih belum bijak menilai mana intan yang mana permata.. Mana kaca mana berlian.

Benar kata pujangga yang "walaupun kita berbuat sejuta kebaikan tak mungkin orang akan mengingati kita tetapi sekali kita berbuat kejahatan sejuta tahun pun orang akan mengingati kita" Itu lumrah duniawi. Walaupun sedikit kecewa dengan pernyataan tersebut namun ia adalah realiti dan kita sebagai manusia tidak mungkin akan dapat menghalang nya.

KAWAN hanya satu ungkapan di bibir dan sesiapa sahaja berhak dan tahu menyebut nya. Terlalu mudah ! MUDAH !! Sehingga kan ia di ambil mudah oleh segelintir manusia!

No comments:

Post a Comment