Wednesday 25 December 2013

~hujan~

Salamesrabadi..

Detik saat minit hari bulan dan masa yang berlalu saban waktu meninggalkan kita kenangan. Kenangan yang tak mungkin kita akan capai lagi.. berlalu tanpa kita sedari. kita akan sedari ia apabila adanya Rindu kepada hari semalam. Begitu juga hari ini, aku rindu pada kenangan yang semalam. Kenangan dimana kita bersama bergelak ketawa, saling mengambil berat, senyum ketawa bercanda riang..adalah kenangan itu akan tercipta jua di lain masa? Rindu sangat sangat. Kenapa masa itu cepat sahaja berlalu. seakan akan tidak memberi peluang kepada kita untuk bersama lagi.

Mungkin tiada ruang untuk kita di dunia ini. sehingga diri ini sentiasa rindu akan gelak ketawa mu.. Sungguhpun begitu aku langsung tidak pernah berputus asa untuk senantiasa merindui kamu. Walau seribu tahun lama nya..tapi adakah mampu untuk aku hidup seribu tahun lagi untuk bersama mu? #S

No comments:

Post a Comment