Tuesday 17 January 2012

~JATUH CINTA LAGI~

Aku rasa saat ini..
sekali lagi aku telah jatuh cinta..
jatuh cinta lagi..
sekali lagi untuk ke sekian kalinya..


haruskah ku terus melayani perasaan..
meksipun ku tahu diri mu sudah berteman..
apakah akhirnya percintaan?
haaaaa...


Ahhhh..
mustahil la..jangan nak perasan boleh tak?
boleh.tapi nak perasan juga,,
tak mengharap pun..cuma..teruja?
boleh?


hmmm...
yaaaa...betul..mustahil..
yaaaa..betul..tak mungkin..
yaaa..betul..jauh..
yaaa..betul..kelakar..


sudah tahu lah..
terima kasih..


awak selamat malam..
mimpi indah..mimpi saya k?

Sunday 15 January 2012

~CINTA MELANKOLIA~



Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini
Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan
Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal
Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua iniMengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini
Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)
Walau ku pergi sayangku (usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal
Jangan biarkan ku menderita di sini
Jangan biarkan ku tersiksa di sini sayang
Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)
Walau ku pergi sayangku (jangan pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal
Aku menyintai dirimu sayang
Jangan biarkan aku sendiri di sini sayang
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Friday 13 January 2012

~SUATU PENGAKHIRAN~

malam...
ku tidur tak lena
teringatkan dirimu
terimbas kembali kenangan lalu

mengalir air mataku
menemani malam sepiku
ku rindu saat bersamamu
sukarnya ku untuk melupakanmu

dahulu engkau berikan cinta
mengapa kini engkau berubah
manakah janji akan setia menanti
jikalau engkau tak lagi cinta
katakan saja aku tak kisah
dari kau terus membuat ku menunggu 

tak ku duga
perpisahan yang akan melanda
dah ku cuba
pertahankan
namun dirimu pergi jua

cintamu bagaikan rembulan
yang hadir bila malam menjelang
kau hilang bila siang mendatang
begitulah sikap mu oh syg

kau lontar cintaku ditepian
ku bagaikan hanyut di lautan
yang lemas di dalam percintaan
dipukul gelombang keresahan

dahulu engkau berikan cinta
mengapa kini engkau berubah
manakah janji akan setia menanti

jikalau engkau tak lagi cinta
katakan saja aku tak kisah
dari kau terus membuat ku menunggu

semakin aku menafikan semakin kuat ia mengiyakan..
semakin ingin aku melupakan semakin aku merinduinya..
semakin aku menolaknya semakin ia datang menghampiri..
adakah ini cinta?

tidak..tidak..
ia bukan lah cinta..bukan..
aku tidak mahu..
dia tidak layak untuk  insan seperti aku..
aku tidak pantas untuknya..
dia jauh melebihi aku..
tapi bukan itu penghalangnya..
cuma tidak mahu..

katanya..cinta tetap menyakitkan walau ia adalah cinta sejati..
katanya..betul?entah..
sudah! aku tidak mahu dengar apa apa lagi..
cukup sampai di sini..
walau cinta itu sakit atau seronok..
tidak! tidak mungkin..
tidak mahu...
biar ia bernokhtah di sini..
sekarang..pergilah..sekarang..
aku sudah merelakan di kau pergi..
pergilah...

hanya lah sejarah jadi saksi..


Thursday 12 January 2012

~TIADA TAJUK~

dalam aku membuat keputusan..
aku kadang kala tertanya apakah aku ini tepat?
saat ini..berlegar legar di benak aku..
apakah aku layak di sini?
layak untuk bersama sama dengan dia dan dia..
tiada kata yang mampu terlafas 
tatkala terdetik jua di naluri ini..
seandainya aku bukan di takdirkan di sini?
aku hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan segala..
seandainya kita mahukan itu dan sudah terpatri ia nya bukan milik kita...
kita hanya mampu pasrah..kan?
tapi..kuat kah aku?pasrah kah aku?
aku betanya sendiri..

aku pernah terdengar juga yang kiranya..
Dia sudah tentukan ia bukan hak kita atau milik kita..
sudah pastinya Dia telah merancang sesuatu untuk kita yang selayak nya..
aku keliru..rasa seperti mahu ketentuan itu di tentukan sekarang..
tidak mahu menunggu lagi..
seolah olah tidak sabar untuk di adili..
adakah aku di sini atau bukan di sini..

tapi aku tahu ia tidak mungkin bagi seorang insan yang seperti aku ini..
dulu aku selalu berkata pada diri aku bahawa;
"usah putus asa kelak kau berjaya mencapai cita-cita"
aku suka dengan ungkapan semangat itu..
sungguh dalam takrifan nya..
tetapi sekarang?
setelah apa yang aku lalui..
aku merasakan sudah semakin putus asa..
putus asa untuk bermain dengan teka silang kata ini..
sudah jemu,sudah tepu..sudah bosan..

amnya..aku tahu putus asa itu tidak di sukai oleh ALLAH S.W.T..
aku sedar akan itu..
tapi..aku manusia yang alpa..yang khilaf..
aku mahukan secebis kekuatan dulu..
dimana aku berani..yakin diri,,
tidak mudah untuk berputus asa..
aku terlalu dambakan itu..

ya!
benarlah kata orang yang masa yang berlalu..
akan merubah seseorang..tepat!
begitu jua lah dengan aku..
itu aku..bukan kamu..
seorang yang gagah suatu ketika dulu..
du..lu..terlalu lama...
dan sekarang dek kerana masa yang berubah aku jua turut berubah..
dek hanya kerana masa..

kenapa buah belimbing?
sebab ia unik..unik sangat..
kalu di hiris...


ia macam bintang..
cantik..tapi rasanya?
ia tidak lah se sedap buah anggur..tetapi
ia sangat pelik dan unik..
terlalu unik..
indah nya kejadian tuhan..
buah belimbing bersegi segi..
melambang kan banyak impian yang dia nak capai dan
banyak pedoman dan prinsip hidupnya..
tapi dia tak tunjukkan pun..
kalau orang mengenali buah belimbing dengan sedalam dalamnya 
orang tu akan tahu macam mana sikap dan sifat belimbing..

buah belimbing..
belimbing tidaklah secantik buah nenas yang bemahkota di kepala..
ia hanya lah buah yang tidak mempunyai personaliti yang menarik jika dilihat 
di luaranya..
tidak......
tetapi..hanya kerana warna kuning nya yang menyerlah akan meneggelam kan buah manggis jika 
di letakkan bersama sama..
unik kan?

ada apa pada buah belimbing?
tepuk dada tanya selera...

~EGO KAH AKU~

Pejamkan matu mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya

Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Bukalah matamu
Biar aku memelukmu 
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya
Selama ini



Wednesday 11 January 2012

~ADUH~

Menyesal aku putuskan kamu.. 
Kerna ternyata aku tak mampu..
Menahan sisa azab cintamu..
Aduh aduh aduh mana tahan batinku...


TAJUK APA LAGU INI YA?
TOLONG..

Tuesday 10 January 2012

~HILANG~

KITA DAH NAK BERPISAH DAH..
KURANG LEBIH 96HARI SAHAJA LAGI..
SEKEJAP SAJA LAGI DI SINI...
MUNGKIN TAK AKAN JUMPA LAGI..
DAH TAK ADA AKU,KAU DAN DIA LAGI..
SEKEJAP SAJA LAGI...
NANTI AKU RINDU KAU,KAMU DAN DIA..
KAU AKAN RINDU AKU TAK?
AKU DI RUMAH SEORANG DIRI SAJA..
YANG MENEMANI AKU HANYALAH SEMALAM..
IAITU MEMORI DI SINI..


95HARI..94HARI..93HARI DAN ESOK?
HARI UNTUK KITA UCAPKAN SELAMAT TINGGAL..
SEDIH TAHU TAK?
AKU DAH DAPAT BAYANGKAN..
SEKEJAP SAJA MASA ITU BERJALAN..
MASA BERGERAK TANPA MENOLEH KITA YANG MASIH DI BELAKANGNYA..
DIA PERGI TANPA BERPATAH BALIK..
SEJARAH TAK MUNGKIN AKAN BERULANG..
SAMA SEPERTI KITA..
SEJARAH SEMALAM TAK AKAN BERLAKU UNTUK KESEKIAN KALINYA..
TAK AKAN SUDAH..




OLEH SEBAB ITU..
SUSAH SENANG..PAHIT MAUNG..KITA DI SINI..
IA ADALAH KENANGAN..KAWAN
SEKEJAP SAJA LAGI..


TOLONG...
BERSABAR DENGAN SIKAP BURUK AKU..
TOLONG..
BERTAHAN LAH DENGAN AKU..
TOLONG..
TERIMA LAH AKU DENGAN SEADANYA..
TOLONG...
BERGELAK KETAWALAH MACAM DULU..
TOLONG LAH AKU..
AKU NAK SANGAT MEMORI ITU..
AKU SANGAT MISKIN DENGAN KENANGAN..
AKU NAK KUMPUL MEMOIR BANYAK BANYAK..
BERSAMA KAU.KAMU.DAN DIA..
TOLONG..
AKU MERAYU..
TOLONG.....



ku tahan air mata dari menitis,
supaya aku tidak nampak lemah dihadapanmu,
supaya hatiku ini sentisa tabah, 
walaupun menerima bait2 kata2mu yg mengguris jiwaku,
supaya aku lebih mengenali dirimu,
supaya aku tahu kebenaranmu tentang diriku...
tapi....
jgn biarkan air mata yg ku tahan ini 
akan menukarkan hatiku sekeras besi yg tidak bisa engkau lenturkan walau sebagaimana caranya sekali pun.








~SENYUM~

•.♥• Senyumlah andai dirimu dilukai •.♥•
•.♥• Senyumlah andai dirimu dilupai •.♥•
•.♥• Senyumlah andai dirimu dikhianati •.♥•
•.♥• Senyumlah andai dirimu ditindasi •.♥•
•.♥• Senyumlah andai dirimu dibebani •.♥•
... •.♥• Senyumlah andai dirimu disakiti •.♥•

•.♥•sesungguhnya senyuman itu menunjukkkan ketabahan dirimu..•.♥•








Monday 9 January 2012

~DIA~

SAHABAT IBARAT KACA, SEBELUM TERHEMPAS PEGANG LAH ERAT2,, JIKA
 TERHEMPAS AKAN BERKECAI,, ANDAI DISAMBUNG BALIK ,, TIDAK SEINDAH ASALNYA




"Berterima kasihlah pada orang yang telah MELUKAI hatimu
kerana dia telah membuat hatimu kuat.
Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBOHONGImu
kerana dia membuat hidupmu makin bijaksana.
Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBENCImu
kerana dia yg mengasah ketegaranmu.
Dan berterima kasihlah pada orang yang telah MENYAYANGImu
kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu"

Sunday 8 January 2012

~KALAU~

kalau la saat itu kau larang aku agar jangan keluar dari bilik kau..
akulah orang yang paling bahagia..kau  tahu?
kalau la saat itu kau tak cakap macam itu..
akulah orang yang paling bangga..kau tahu?
kalau la  saat itu kau ucap selamat datang..
akulah orang yang sangat gembira..kau tahu?
kau tahu tak?aku tahu kau tak tahu dan tak berminat nak ambil tahu pun kan?
aku je pun..bukan sapa sapa..


aku memang lah tidak selebih orang lain..sebalik nya serba kekurangan ..serba serbi..
tetapi aku tidak meminta di layan seperti tadi..seperti tiada maruah..
bagi mereka itu biasa..normal..tidak pada aku..
aku merasakan saat itu tadi hati ini berkecai..
menyesal kerana megikuti teman aku 
walau pun aku tahu kau tidak mengajakku..
aku mencuba nasib sebab kebosanan..mungkin..
tidak menyangka ini pula suratan takdirnya..




menyesal..tetapi ia telah mengajar kan aku sesuatu..
membuatkan aku mengetahui sesuatu rahsia..yang selama ini aku tidak tahu..
rupanya aku tidak di senangi oleh kamu..kawan..terima kasih..
terima kasih kerana tidak halang aku keluar dari bilik kamu..
terima kasih kerana tidak alu alukan aku..
terima kasih kawan ..okay?
mungkin kita tak sama..bibir ku sentiasa mengungkapkan kata..tdak biasa tertutup sunyi..
asing..kosong..diam..



Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa
Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka


Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa
Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa





tinta ini bukan lah untuk meraih simpati pembaca..
sekadar untuk berkongsi luahan hati yang tak siapa pernah peduli..
walaupun laman blog ini tidak memahami erti sebenar hati ini tetapi ia sudah cukup untuk aku merasa puas..
puas..lega..
malam ini di Terengganu hujan..lebat!! terlalu lebat..
seakan akan memahami erti perasaan ini..hanya alam yang sudi memahami diri ini..
kamu tidak..kamu tidak dan kamu tidak...


sekarang aku sudah tahu aku siapa...
aku tahu aku siapa di mata kamu..
terlalu asing kan?
walau apa pun aku bukan lah orang yang betah untuk menarik muka..
aku tidak menganggap peristiwa ini satu penghalang untuk kita dari terus bercanda tawa..
tidak..
aku hanya insan biasa yang tak layak untuk menghukum sesiapa..
tidak layak..




"A FRIENDSHIP FOUNDED ON BUSINESS IS BETTER THAN BUSINESS FOUNDED ON FRIENDSHIP"


"MENGHARGAI SAHABAT LEBIH DARI APA PUN MESKIPUN ENGKAU HANYA SAHABAT GELAPKU"

Saturday 7 January 2012

~RUJI~

ini nama nya wantan..entah kenapa nama nya wantan..entah dari mana asalnya makanan ini..aku mengenali makanan ini sejak aku tinggal di sini,,di terangganu tidak pernah ada makanan ini rasanya...rasanya enak..seperti bebola ikan..tiga biji hanya rm1..makanan ini mula menjadi perhatian aku apabila kawan aku yang mempelawa aku untuk mencuba dan sampai sekarang aku mula minat akan dikau...




ini pula minuman yang kerap aku minum apabila di sini..iaitu bandung cincau..air ini tak adalah istimewa sangat tapi rasanya yang manis dan pekat membuatkan aku jatuh cinta akan dikau..harganya hanya lah rm1..nama kedai yang selalu aku kunjungi adalah 'cafe cincau' dek kerana di kedainya kebanyakan air nya berasaskan cincau..mungkin...




siapa lah yang tak kenal buah ini..buah ini namanya durian..durian..sangat indah namanya..unik..kenapa durian?kenapa bukan kelapa ke ?entah...tahun yang paling banyak aku makan durian adalah tahun 2011..balik sahaja rumah mak sedara aku di utarid subang pasti makan durian..sehinggakan sendawa bau durian walau pun makan durian pada dua hari lepas..hebat nya penangan durian..sungguh menyelerakan..




kesimpulanya..kita sebagai rakyat Malaysia  haruslah berbangga dengan apa yang terdapat di sini..makanan yang pelbagai dan amat menyelerakan..cintailah barangan Malaysia!!!!!!!!

~TIADA KATA SECANTIK BAHASA~

tiada apa yang ingin di utarakan melainkan bicara hati yang tidak tersusun rapi ini..
hari demi hari fikiran ini menghitung hari untuk balik ke kampung...
saat demi saat ku kira untuk menanti aku berada di terengganu,,
minit minit masa yang berjalan  seolah olah terlalu lambat dan tidak bergerak..
mahu saja diri ini memutarkan masa itu..tapi apakan daya ini..
hari hari yang aku lalui di sini banyak ku habiskan dengan hadir ke kuliah dan tutorial..
dan..selebihnya makan,tidur dan bergembira bersama kawan kawan..
terdetik di hati ini..seandainya hari ini aku tidak berada di sini ..
apa yang aku buat di rumah?adakah bersekolah?menonton tv?atau pun tidur memanjang?
mungkin jika aku tidak di sini hari ini aku bergelar seorang pelajar tingkatan enam dan tinggal di asrama..
sungguh manis perkataan "kalau" "jika" tidak terkata....


walau apa pun..apa yang terjadi sekali pun aku tetap aku..
aku yang dulu..tidak pernah berubah..



 pada waktu ini umur aku 17tahun..
pada umur inilah aku tak akan lupa kan sampai bila bila kerana pada saat ini semua indah..
indah saat bersekolah..bergurau senda semasa sekolah..dan tahun aku ambil spm..
sangat indah,,
tiba tiba teringat zaman persekolahan..
semua yang di lakukan aku anggap kenangan,,satu kenangan yang tak akan aku lupakan..
dulu aku tinggal di asrama bersama sama kawan kawan yang terlalu ramai..
aku tak sangka aku mendapat kawan yang begitu ramai sehinggakan kalau bercakap tak tahu nak dengar dari mulut siapa..
terlalu indah...makan beramai ramai..tidur bersama sama..satu katil sampai tiga orang..
terlalu indah..

masa pantas meninggalkan kita,,hanya satu satu kenangan sahajalah yang mampu aku ingati..tidak mampu untuk aku kembali semula ke saat itu walau pun hati meronta inginkannya..terlalu indah..terlalu inginkannya..
hanya lah sejarah yang jadi saksi bertapa gembiranya aku saat itu,,terlalu indah..

kini..aku juga seorang aku..seorang aku yang berada di tengah tengah kota metropolitan ini..terlalu asing..

Tuesday 3 January 2012

~IZINKAN LAH~



~SEMALAM,HARI INI,DAN ESOK..~



semalam adalah kenangan..hari ini sudah terlewati dan esok belum tentu..
semalam telah jauh meninggalkan kita..walau hanya semalam cuma..
jauh..teramat jauh..tidak mampu untuk menghambat waktu untuk berputar kembali..
tidak akan..
hari ini..aku adalah aku..yang terpaksa menuju ke hadapan..melangkah ke hadapan..
dan tak akan menoleh ke belakang lagi..
tidak...
mungkin akan menoleh sekadar untuk mengenang kembali apa yang telah terjadi..di istilah kan sebagai kenangan..
ya...sekadar kenangan,,,yang tak bisa lagi kita sentuh ia walau sekelumit cuma..




hari ini..19tahun menggantikan diri ini..
menjadikan diri ini lebih dewasa dari batin nya..
dari zahirnya hanya orang lain yang mampu untuk menilai..
18 pergi tanpa mengucapkan kata sedang..
berlalu tanpa sebaris kata salam..
meninggalkan aku yang semalam..
yang lemah terkulai tanpa kata..
membiarkan aku yang semalam terkubur dalam sanubari..
hanya ingatan yang segar membuatkan diri ini sedar yang 18 pernah hadir dalam hidup ini.



setiap hadirnya tahun baru sudah pastinya terfikir akan adanya azam baru..
untuk menjadi kan diri lebih berjaya daripada tahun sebelumnya..
mungkin tidak pada aku..tiada apa yang boleh membuatkan aku menciptakan azam
melainkan pengalaman yang mengajar aku untuk jadi seorang yang lebih baik..
melalui pengalaman aku belajar mengubah segalanya,,
mengubah dari buruk ke baik..
mengubah dari tidak tahu kepada tahu..
semuanya melalui  pengalaman..
pengalaman yand dulunya aku telah jatuh beberapa kali sewaktu kecil
membuatkan aku bangun dan sentiasa bangun,,
walau telah terjatuh kali ke-8 bangunlah untuk kali ke-9..


percaya lah ALLAH S.W.T sentiasa ada bersama kita walau di mana mana jua kita berada..
walau kita tersesat ke lembah mana sekali pun
walau kita gagal kali ke seratus sekali pun
selagi kita tidak berputus asa dan sentiasa berdoa kepada-Nya
insyaAllah sinar kegemilangan sentiasa cerah untuk kita..

walaupun tiada azam tahun baru tetapi tidak dinafikan yang tahun sebelumnya banyak mengajar hidup ini erti sebuah kehidupan..
secebis erti kehidupan yang sangat aku hargai..
walaupun secebis ia sudah cukup untuk aku belajar satu perkara!
satu perkara yang selama ini aku tak tahu..




semalam adalah kisah lalu..kisah lampau..sudah lama aku tinggal kan
walau pun ia hanya 2hari berlalu..
aku cuma inginkan yang terbaik..
terbaik dari tahun lepas
apa yang terkurang sama sama lah kita perbaiki
dan apa yang baik sama sama lah kita kekalkan..
sesungguhnya apa yang baik datang daripada Allah S.W.T
apa yang kurang baik datang nya dari diri aku sendiri..
Allahuallam..

 "prosperity doth best discover vice,but adversity doth discover virtue"