Thursday, 21 February 2013

~mimpi sampai ke bintang~

Salamesrabadi,

Teka apa yang terjadi untuk semester ke dua di Fakulti Alam Bina, Kolej Kediaman ke Lima dan dalam hidup aku? Banyak benda yang kena selesaikan dan tersangkut dengan diri aku..sehinggakan aku hampir putus asa dengan lambakan projek kolej, kelas dan subjek yang berat, kehidupan persekitaran dan emosi diri yang sering berubah rubah. Aku pasti aku boleh kawal ini semua cuma perlu kan fokus dan perfikiran terbuka dan positif . InsyaAllah

Pertama; MALAM PENGHARGAAN DAYASARI FASA 1 (MPD)

Tersangat lah menguji tahap kesabaran seorang aku..Aku memegang jawatan sebagai Ajk Dvc Protokol dan Atucara Majlis. Ok..mula mula memang tenang rentak yang di main kan, namun lama kelamaan ia dah menunjukkan rentak pop rock ! #lol Tapi aku enjoy sebab kemahiran aku memang menjurus kearah pengurusan seperti ; menyediakan teks ucapan untuk pengetua kolej, pengarah projek, perasmi dan macam macam lagi lah. Memang boleh di katakan itu memang makanan aku.. #ahaxs

Tapi kejap kejap, yang bukan makanan aku adalah untuk menjadi EVENT MANAGER.. lidah kelu untuk bercakap..seumur hidup aku tak pernah ada pengalaman menguruskan majlis dari A sampai Z. Maljis formal pulak tu.. Apa nak jadi ni? Aku pun tak yakin dengan diri sendiri, kenapa kalian begitu yakin dengan aku? Apa lah yang akan jadi dengan Annual Dinner tu nanti.. Oppsss..hidup kena berfikiran positif, bak kata PEPARI_BIRU .. Aku berdoa lah biar Ehsan Mazlan yang jadi EVENT MANAGER ..lepas tu kalau nak aku jadi KETUA USHERER ke aku tak kisah.. InsyaAllah..

Kedua; CERITERA CINTA ADIRATNA'13 (CCA'13)

Ni lagi satu masalah.. Aku berada dalam Dvc Jemputan dan Publisiti sebagai AJK.. Jadi Ajk macam jadi ketua CC.. alahai.. Ni adalah di luar bidang kuasa aku sebagai aku.. Kira bidan terjun la ni.. Awak ingat saya pelajar Alam Bina saya boleh 'design' poster yang cantik cantik ke? Siap boleh 'mention' lagi.. "Ala..saya yakin pelajar Alam Bina boleh buat kan?" Apakah? Kenapakah? Siapakah? Aku pun nak lukis rumah banglo jadi reban ayam suruh aku 'design' poster.. Tambahan lagi guna komputer 'software' apa entah.. Aku?????? ZERO okay pasal komputer maaf.. Microsoft Word pun tak habis aku jelajah.. Nak suruh aku guna GMS , Photoshop entah apa apa? No way okay !!

Tapi tanggungjawab dah di beri dan aku dan terima tanggungjawab ini.. Jadi dengan seikhlas hati aku kena terima tugasan ini.. Starting from now aku kena berkawan rapat denga Photoshop.. Nasib baik lah kawan kawan ada.. Kami di Dvc ini akan memberi komitmen 100% untuk menjayakan program ini.. Dan aku akan berikan yang terbaik.. InsyaAllah.

Ketiga; Fakulti Alam Bina (FAB)

Berkenaan dengan pendaftaran jam kredit dan subjek .. Pening kepala aku ni.. Sorang cakap macam tu, sorang kata macam ni.. Sorang cakap lebih baik drop TITAS sebab bla bla bla. Sorang cakap kena ambik TITAS sebab bla bla bla.. Bak kata PEPARI_BIRU "rambut sama hitam, hati lain lain." Biasa lah manusia .. Sama macam aku, kau dan kau. Pendapat yang di utarakan sangat berbeza antara satu sama lain.

As result, aku tak drop TITAS, InsyaAllah aku akan tempuhi pahit ke manis ke subjek ini dan subjek subjek lain dengan tenang walau aku bukan seorang yang tenang sebenarnya.. Cepat gelabah..Itu lah aku.. Hah hah hah.

Fyi, Hari jumaat ni 22mac2013, Department Pengurusan Harta Tanah akan mengadakan hari keluarga yang bertempat di Muara Beach Resort, Kuantan Pahang. #enjoy

Ya Allah.. Berkati lah perjalanan kami semua.. Biar lah perjalanan kami selamat tiba dan selamat kembali ke destinasi yang kami ingin tuju. Engkau jauhkan lah kami semua daripada malapetaka yang bakal mendatang. Rahmatilah Hari Keluarga yang di anjurkan. Amin YaRabbal Alamin.

No comments:

Post a Comment