Ahli psikologi ada berkata "individu yang selalu ketawa walaupun pada benda bodoh, individu itu adalah orang yang paling sedih jauh di sudut hati nya." Pernyataan itu hampir tepat ! Tapi sesedih mana pun kita, sehiba mana pun kita, sekecewa mana pun kita, separah mana pun luka di hati kita, kehidupan harus di teruskan..harus di corakkan agar menjadi lebih baik..tangga tangga perjalanan harus di daki tanpa menoleh lagi ke belakang.. Ya ! saya mampu.. Aku mampu.. Mampu menelan setiap peristiwa pahit yang aku lalui semalam dan memulakan pagi esok aku dengan senyuman dan cenda tawa.. Mampukah aku? Aku mampu..
"Berfikiran positif adalah salah satu cara untuk kita menangani segala kemelut yang melanda.. Harus berani menerima kenyataan dan pasrah dalam apa jua yang terjadi.."
Bercakap memang senang.. tapi untuk melakukan itu tersangat lah sukar.. sukar, payah.. Andai mampu aku campak kan segala kedukaan semalam, sudah pasti akan aku campakan ia ke dasar laut yang tak mampu aku cari lagi.. Tapi sebaliknya.. Kenapa? Sebab kita mempunyai satu kotak memori yang tersangat ampuh untuk mengenang segala pahit getir yang kita lalui sepanjang hidup kita.. Kotak memori yang bisa merungkai misteri sebuah kenangan dalam sekelip mata.. Mampu menghafal setiap lafaz ucapan yang pahit mahupun manis..
Aku mampu melupakan apa yang pahit, akan ku cuba sedaya aku.. Akan aku cuba jauhi kenangan semalam.. Akan aku teruskan perjalanan ini seorang diri walau langkah ini mulai longlai,, Kerana aku percaya Allah SWT menguji aku kerana Dia tahu tahap kemampuan aku untuk mengharungi ujian-Nya :)
No comments:
Post a Comment