Tuesday, 29 January 2013

~sang pepatung yang rindu~

Salamesrabadi,

Terasa sangat sunyi tanpa kehadiran kawan-kawan di sisi. Tiada lagi kedengaran suara hilai tawa rakan rakan. Tiada perkongsian suka dan duka. Yang ada hanya lah selaut kerinduan kepada mereka semua. Sedar atau tidak sudah hampir dua minggu cuti semester ini aku habis kan di kampung halaman. Sungguh tenang waktu cuti ini berlalu, tidak setenang hati aku yang sedang berkocak mendambakan apa mahu ku.

Aku ingin sekali menjadi bagai seekor pepatung yang terbang di angkasa raya. Bebas menjelajah dunia, bertebaran di udara bagai tiada apa apa halangan apatah lagi masalah yang membelenggu. Sang pepatung pastinya merdeka dengan dunia mereka sendiri. Ingin sekali aku hidup persis mereka. Walaupun kecil tapi mampu melawan badai sang angin kala bertiupan. Sungguh indah ciptaan Allah SWT.

                                              

No comments:

Post a Comment