Maaf jika kehadiran ku dalam hidup mu menambahkan lagi duka yang bersarang dalam hati mu, maaf jua kiranya pertemuan ini menitikkan peristiwa hitam dalam hidupmu. Walaupun perkenalan ini ada sendu di penghujung tapi aku tidak menyesal akan itu. Perkenalan dengan mu menciptakan sebuah memori dan nostalgia yang sangat warna warni walaupun ia nya hanya sebentar cuma. Masa tidak lansung mencemburui kita tapi kekangan keegoan yang menggunung antara kau dan aku yang menyebabkan pengakhiranya nya sunyi tanpa nokhtah yang pasti.
Pertemuaan walau sesingkat mana pun sudah mampu membuatkan aku mengingati mu sepanjang hidup ku. Kehilangan mu tanpa jejak. Tanpa bernisan. Hanya namanu yang subur di hati ini. Maaf sekali lagi kerana jiwa ini sarat dengan kerinduan yang menggunung terhadap mu. Maaf jua kiranya hati ini selalu menyebut nama mu walau dalam tidur, walau dalam mimpi. Tiada siapa yang mampu menghalang rindu ini kepada mu. Mungkin takdir yang memisahkan kita, tapi takdir juga yang menemukan kita. Ku ingin menghukum takdir. Tapi dengan takdir jua kita berkenalan. Terima kasih takdir, kerana telah mangaturkan hidup aku dengan sangat indah, iaitu dapat mengenali kamu.
Mengenali kamu sudah cukup membuat jiwa ku yang resah bertukar berbunga bunga, membuat tidur malam ku yang berendam airmata bertukar menjadi mimpi indah yang sangat indah, membuat bibirku kembali menguntum senyum. Hanya satu ku pinta dari mu, izikan selamanya namamu di hati kerna sekali cinta aku tetap cinta. #angah

