Friday, 30 December 2011

~SALAM MAAF PERMISI~

kadang kadang kecelakaan datang tak di undang
ia datang tanpa di duga..tak tahu bila?
di mana? dan macam mana ia boleh berlaku
kita hanya akan tahu itu semua apabila
ia tiba tiba datang...
pada masa itu pula..
mula la mulut menyumpah seranah..
hati berbisik sesuatu..mata merah menahan marah..
hati berdetak menahan amarah...

semua benda dah tak berguna lagi..
nasihat?ceramah?belaian?pujukan?
dah tak ada...
zero!
kotak akhliah seolah olah tidak berfungsi
dek kerana kehabisan bateri...
itu semua hanya kerana kecelakaan yang tak di undang...

dalam pada masa yang sama
apabila ini semua terjadi..
hati ini seolah olah..
nak satu dunia tahu apa yang terbuku di hati ini
nak cerita dekat semua orang..
nak luahkan kepada semua kawan
nak menjerit satu DUNIA yang "AKU BENCI SAAT INI"


                                 
argghhhhh....
satu perasaan puas apabila berbuat demikian
walaupun kecelakaan itu tetap berlaku..
akan wujudnya satu perasaan yang aneh..
yang sukar di tafsir kan dengan kata kata
teramat unik...
dalam hati masih bergelora dengan perasaan amarah
akibat kecelakaan..
yaaa...kecelakaan yang tak di jemput..
tak di undang..


                                       

mendung...?
awan hitam nampak nya sudah hampir menutupi langit yang cerah..
seolah memahami perasaan ini..
seolah olah turut sama bersedih atas kecelakaan ini..
mungkin kah langit akan menumpah kan hujan kelak?
mungkin kah langit akan dilanda guruh?
mungkin kah langit akan memancarkan kilat nya?
mungkin kah juga mata ini akan turut menagisi kecelakaan ini?
mungkin kah hati ini turut meruntun dalam pilu?
mungkin kah jiwa ini perlu untuk berkabung seketika?
mungkin kah????

tiada jalan yang terbaik bagi menahan semua gundah gulana ini..
hadir nya kita kerana kekuasaan-Nya
Dia lah yang maha berkuasa ke atas semua ini..
kita hanya merancang tapi ALLAH S.W.T
yang menentukan segalanya...segalanya
Dia telah mengaturkan segalanya kepada kita,
sebagai hambanya..kita wajib menerima nya dengan hati yang ikhlas...
seikhlas mungkin..se-redha yang mungkin..


                           

ya..aku khilaf sekali lagi..
khilaf kerana tidak begitu sabar dengan ujian -Mu..
khilaf kerana tidak ikhlas menerima ujian -Mu
khilaf kerana tidak redha menghadapi ujian -Mu
diri ini hanya insan biasa yang sering melakukan khilaf,
allahuallam....

No comments:

Post a Comment